Blouse Bersulam Kerawang Motif Bunga Sakura Dan Kerawang Sarang Tebuan.
Tempahan Sulam Blouse dari Kuala Lumpur.
Kadang-kadang blouse yang kosong atau polos juga ingin ditambah dengan pelbagai aksesori agar ia boleh dipakai untuk semua jenis tujuan samada untuk ke pejabat, majlis-majlis kasual mahupun majlis-majlis formal. Begitulah juga pada rekaan sulam kerawang pada blouse kali ini. Di mana, kami tampilkan rekaan sulaman kerawang dengan motif bunga Sakura.
Motif Sulam Bunga Sakura Menghiasi Blouse.
Rekaan Blouse Bersulam.
Motif yang menjadi pilihan tempahan sulaman kerawang pada kali ini adalah motif bunga Sakura. Di mana motif bunga Sakura ini adalah antara motif sulam yang digemari ramai pelanggan butik sulam kami. Pada kali ini, rekaan sulaman kerrawang dihasilkan di hujung lengan baju sahaja pada baju blouse agar ia nampak berseri kerana blouse tersebut asalnya adalah polos atau tidak bercorak. Dengan adanya rekaan sulaman sebegini, ia akan dapat menaikkan lagi seri baju blouse tersebut.
4 Inci Ketinggian Rekaan Sulaman Kerawang.
Ketebalan Saiz Rekaan Keseluruhan Sulam.
Jika dilihat, ketinggian rekaan sulaman kerawang ini boleh dikatakan sebagai sederhana tinggi. Ini kerana ia dihasilkan setinggi 4 inci sahaja. Ketebalan sulaman ini adalah sederhana dan tidak terlampau tinggi dan dihasilkan pada hujung lengan baju. Ia berpadanan dengan bentuk rekaan blouse.
Rekaan Sulam Secara Membukit.
Rekaan Berbentuk Pucuk Rebung.
Jika dilihat dengan teliti, reka bentuk sulaman kerawang bunga Sakura ini dihasilkan dalam bentuk membukit seperti bentuk segitiga. Ia dinamakan pucuk rebung. Di mana, ia dapat dikenal dengan mudah apabila motif sulamannya bergerak menujuk ke satu puncak atau seperti piramid segitiga. Hal ini digambarkan dengan susunan ranting-ranting bunga Sakura ini. Di mana, ia diatur cantik sehingga jelas kudup Sakura yang belum kembang dilihat berada di puncak.
Motif Ranting Menjadi Pilihan Rekaan Motif Sulur.
Motif Sulur Sulam.
Walaupun pada kali ini bunga Sakura tidak digabungkan dengan sulur-sulur seperti paku pakis ataupun sulur kekacang, jelas di sini, ia digantikan dengan ranting-ranting kecil yang sememangya manyamai pada bunga Sakura yang sebenar. Di mana, ia kembang di ranting-ranting pokoknya. Dengan ini, ia nampak lebih natural apabila dihasilkan sama seperti rimbunan bunga Sakura yang sebenar. Walaupun begitu, biku seperti paku pakis dihasilkan pada hujung sulaman ini. Ia menjadikan rekaan kali ini nampak unik dan cantik.
Motif Kerawang Sarang Tebuan Menjadi Pilihan Penempah.
Motif Kerawang.
Pada kali ini, kerawang sarang tebuan menjadi pilihan kami. Ia dihasilkan agar nampak kemas dan tersusun. Namun, ia juga telah dimodenkan dengan rekaan yang dihasilkan di celahan motif bunga Sakura. Dengan ini, motif bunga Sakura seolah-olah berada di dalam kerawang-kerawang yang tersusun cantik. Inilah inovasi kerawang apabila pandai digayakan dengan rekaan di celahan motif sulaman.
Pemilihan Warna Kontra Dengan Fabrik Blouse.
Tona Warna Sulam.
Dari segi pemilihan warna benangnya pula, penggunaan warna yang kontra daripada warna latar fabrik blouse tersebut telah digunapakai. Walaupun begitu, warna yang digunakan tetap harmoni biarpun menggunakan warna-warna kontra. Ini kerana warna yang digunakan ini digabung jalin menjadikan ia nampak harmoni dan sedap mata memandang. Walaupun apa sahaja warna yang menjadi pilihan, pemilihan warna yang harmoni perlulah dititikberatkan agar penghasilan sulaman kerawang tidak canggung.
Teknik Ayak Sulam Timbul.
Penggunaan Teknik Ayak Sulam.
Selain itu, Teknik ayak sulam yang nampak timbul juga memberi kesan positif kepada rekaan sulaman pada blouse ini. Ini kerana, sulaman akan nampak lebih cantik dan timbul. Teknik yang biasa digunakan adalah Teknik satin ataupun bukaan zig zag. Namun, Teknik cincang turut digunapakai agar memberi impak kepada rekaan untuk lebih beralun.
Alah Membeli, Menang Memakai.
Tempahan Sulam Baju Blouse dari Salak Selatan, Kuala Lumpur.
Selain motif, olahan seperti penggunaan warna, Teknik ayak sulaman juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan sesuatu rekaan sulaman kerawang.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Blouse.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Blouse.
Blouse Bersulam Kerawang Motif Bunga Sakura Dan Kerawang Sarang Tebuan.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Blouse Bersulam Kerawang Motif Bunga Sakura Dan Kerawang Sarang Tebuan yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Salak Selatan, Kuala Lumpur pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga sakura pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Blouse Bersulam Kerawang Motif Bunga Sakura Dan Kerawang Sarang Tebuan yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
@butik.sriclassic Blouse Bersulam Kerawang Motif Bunga Sakura Dan Kerawang Sarang Tebuan #butiksriclassic #sulamkerawang #bajupengantin #embroiderydesign ? original sound – butiksriclassic
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461