Corak Sulam Baju Kebaya Majlis Persandingan Dengan Motif Bunga Senduduk Merah.

Berikut adalah hasil rekaan corak sulam baju kebaya majlis persandingan untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Corak Sulam Baju Kebaya Majlis Persandingan Bunga Senduduk Merah

Sulam Baju Kebaya Majlis Persandingan.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Majlis Persandigan.

Berkebaya tradisi di majlis persandingan amat cantik sekali dipandang. Ini kerana busana kebaya menjadi busana yang digemari untuk hari perkahwinan dalam trend fesyen pengantin masa kini. Bezanya samada ia kekal dengan busana tradisi ataupun ia telah dimodenkan dengan gaya labuh seperti dress ataupun kebaya pendek. Semua gaya fesyen ini cantik untuk majlis persandingan.

Corak Sulam Bunga Senduduk Merah.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Majlis Persandingan.

Kali ini, sulam kerawang dihasilkan untuk baju kebaya majlis persandingan dengan bermotifkan bunga senduduk merah. Motif bunga senduduk merah ini mempunyai 5 kelopak dan mempunyai debunga. Motif bunga senduduk merah ini menjadi pilihan kerawang kelopak bunganya yang besar yang dikira sesuai untuk dipadangkan pada baju kebaya majlis persandingan ini.

Corak Daun Bergerigi.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Majlis Persandingan.

Cuma pada kali ini, motif dedaunnya diubah tidak menggunakan dedaun bunga senduduk merah yang asli. Ini kerana, daun bunga senduduk mempunyai daun urat selari dan bentuk daunnya sedikit bujur seperti bentuk telur. Sebab itulah dalam corak sulaman kerawang untuk baju kebaya majlis persandingan ini, ia ditukarkan kepada motif daun yang bergerigi. Dengan bentuk daun bergerigi inilah yang membolehkan corak batangnya yang meliuk dapat dihasilkan.

Corak Sulam Di Bahagian Lidah Baju.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Majlis Persandingan.

Jika dilihat di bahagian hadapan baju kebaya majlis persandingan ini, iaitu pada lidah baju, sulam kerawang ditebalkan sedikit dalam 2 inci lebih. Ia dibuat agar corak bunga-bungaan kecil di bahagian hadapan akan jelas kelihatan cantik tersusun berlapis-lapis. Sebab itulah ia dihasilkan tebal sedikit daripada biasa iaitu dengan lebarnya dalam 1.5 hingga 2 inci.

Corak Sulam Di Bahagian Hadapan Baju Kebaya.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Majlis Persandingan.

Pada bahagian hadapan baju kebaya majlis persandingan ini pula, sulaman kerawang dihasilkan setinggi 14 inci dan dibuat secara meruncing ke bahagian tepi. Dengan kerawang di celahahan motif ini, ia mampu menjadikan corak sulaman ini lebih terserlah dan nampak lebih mewah. Ini kerana kerawang lebah yang kemas dan tersusun menjadikan motif sulaman ini lebih tegap dan kemas.

Corak Sulam Di Bahagian Tangan Baju.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Majlis Persandingan.

Selain itu juga, di bahagian tangan baju kebaya majlis perkahwinan ini pula dibuat dengan bentuk pucuk rebung. Ia membolehkan tangan di permukaan baju akan nampak kelihatan mewah dengan sulaman kerawang ini. Ini kerana bentuk pucuk rebung dilihat naik meruncing tinggi berbanding jika dihasilkan secara mendatar. Inilah yang menjadikan corak sulaman kerawang baju kebaya majlis persandingan ini kelihatan lebih mewah berbanding dengan corak yang mendatar.

Pemilihan Warna-Warna Terang.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Majlis Persandingan.

Bukan itu sahaja, bahkan pemilihan warna-warna terang pada kali ini menjadikan hasil corak sulaman tampak gah dan menyerlah. Ia sesuai sekali digayakan dalam majlis persandingan pengantin yang mampu menyerlahkan ketrampilan si pemakai pada hari bersejarah ini. Dengan kesinambungan ketiga-tiga elemen seperti pemilihan warna, ketebalan sulaman serta pemilihan motif yang betul, ia banyak membantu dalam menghasilkan sesuatu rekaan sulaman kerawang yang menarik.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Majlis Persandingan.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada rekaan corak sulaman kerawang baju kebaya Butik Sulaman Sri Classic  pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Corak Sulam Baju Kebaya Majlis Persandingan Bunga Senduduk Merah.

Corak Sulam Kerawang Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar corak sulam baju kebaya majlis persandingan dengan motif bunga senduduk merah yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman kerawang pada kali ini.

Jika anda berminat dengan corak sulam baju kebaya majlis persandingan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah butik sulam kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Baju Kebaya Tradisional Sulam Bunga Senduduk Merah

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461