Sulam Baju Pengantin Corak Bunga Dahlia dan Melur.

Berikut adalah hasil rekaan sulam baju pengantin corak bunga dahlia dan melur untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Sulam Baju Pengantin Corak Bunga Dahlia dan Melur

Sulam Baju Pengantin Untuk Majlis Akad Nikah.

Tempahan Sulam Baju Pengantin.

Majlis akad nikah merupakan kenangan yang berharga dalam hidup seseorang individu. Biasanya, pakaian pengantin lebih ringkas berbanding dengan pakaian pada majlis persandingan. Walaupun begitu, ia bergantung kepada citarasa pengantin. Ini kerana merekalah yang menggayakan pakaian yang diingini pada majlis akad nikahnya.

Corak Sulam Bunga Dahlia dan Melur.

Tempahan Sulam Baju Pengantin.

Pada kali ini, sulam kerawang motif bunga dahlia dan melur telah dihasilkan pada baju akad nikah pengantin. Sebagaimana yang dapat dilihat, pengantin inginkan kerawang yang sederhana tebal dan minimalis. Jadi, terhasillah sulam baju pengantin rekaan corak yang berbentuk seperti pucuk rebung. Hal ini kerana, rekaan pucuk rebung sebegini memberikan sedikit kelainan dalam menghasilkannya. Ini kerana ia berbentuk segitiga di bahagian hujung labuh baju dan juga di bahagian hujung tangan.

Penggunaan Warna Kontra.

Tempahan Sulam Baju Pengantin.

Jika dilihat pada rekaan sulam baju pengantin kali ini, warna yang digunakan adalah kontra daripada warna latar kainnya iaitu coklat keemasan. Ia adalah permintaan khas daripada pengantin yang inginkan warna yang kontra namun menarik untuk digayakan. Oleh yang demikian, warna triadic menjadi pilihan kami pada rekaan sulaman kerawang kali ini.

Warna Harmoni Konsep Minimalis.

Tempahan Sulam Baju Pengantin.

Walaupun penggunaan warna kontra digunakan, namun ia tetap nampak harmoni. Sebab itulah warna seperti ungu biji kundang, merah jambu, kuning dan biru muda digunakan dalam menghasilkan corak sulam baju pengantin kali ini. Warna-warna ini memainkan peranan agar ia nampak lebih berseri walaupun warna yang digunakan adalah kontra. Ia lebih meriah berbanding dengan corak sulaman sedondon dengan baju pengantin putih.

Kerawang Air Mata.

Tempahan Sulam Baju Pengantin.

Pada kali, motif kerawang air mata dihasilkan seperti bentuk hujan. Rekaan kerawang air mata ini adalah motif yang jarang kami gunakan kerana kami lebih banyak menghasilkan kerawang sarang lebah. Susunan kerawang air mata ini dihasilkan secara menyerong agar ia nampak lebih menarik di celah-celah sulaman motif bunga dahlia dan bunga melur.

Saiz Bunga Dahlia Yang Besar.

Tempahan Sulam Baju Pengantin.

Jika dilihat, saiz yang besar dihasilkan pada corak bunga dahlia berbanding dengan bunga melur. Karya sebegini dapat menyerlahkan lagi hasil sulaman kerawang baju pengantin ini. Secara keseluruhannya, ketebalan sulaman kerawang ini adalah 4 inci lebih.

Tambahan Aksesori Manik dan Hotfix.

Tempahan Sulam Baju Pengantin.

Selain itu, sulam baju pengantin kali ini juga dihiasi dengan jahitan manik dan juga batuan hotfix. Dengan adanya tambahan aksessori ini, ia dapat menaikkan lagi rekaan corak sulaman kerrawang ini. Dan ia amat sesuai dijadikan pakaian pengantin yang berkonsepkan minimalis.

Berjaya Memenuhi Kehendak Pengantin.

Tempahan Sulam Baju Pengantin.

Dengan rekaan sulam baju pengantin sebegini, ia berjaya memenuhi citarasa pengantin yang inginkan kelihatan anggun dan bergaya. Walaupun ia tidaklah terlampau tebal, namun corak sulamannya sangat cantik untuk digayakan. Selain digunakan untuk majlis akad nikah, baju pengantin ini juga boleh digunakan dalam majlis yang lain kerana ia sesuai dipakai berikutan konsepnya adalah minimalis.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Tempahan Baju Pengantin Bersulam.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaa dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada rekaan sulam baju pengantin Butik Sulaman Sri Classic  pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Sulam Baju Pengantin Corak Bunga Dahlia dan Melur.

Corak Sulam Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar untuk tempahan sulam baju pengantin yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan rekaan sulam baju pengantin corak bunga dahlia dan melur di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461