Corak Sulam Goyang Bunga Leletup – Kurung Johor.

Berikut adalah hasil rekaan corak sulam goyang motif bunga leletup yang digabungkan dengan bunga pisang untuk baju kurung Johor untuk pelanggan butik sulaman kami.

Thumbnail Corak Sulam Goyang Bunga Leletup Baju Kurung Johor

Corak Sulam Goyang Baju Kurung Johor.

Corak sulam goyang kali ini dihasilkan pada hujung lengan baju kurung johor. Jika dilihat pada cara pemotongan pola tangan, ia dihasilkan untuk tangan baju kurung Johor. Hal ini kerana pelanggan pada kali ini hanya menghantar bahagian tangan baju sahaja untuk disulam oleh pihak kami. Jadi, pihak kami akan menghasilkan corak sulam goyang bunga leletup ini pada pola kain yang dikirimkan.

Gabungan Bunga Leletup Dengan Bunga Pisang.

Oleh kerana pelanggan inginkan motif bunga leletup, maka untuk menampakkan kelainan, motif bunga leletup ini digabungkan dengan motif bunga pisang. Mungkin anda tidak pernah meilhat bunga pisang ini, namun ia merupakan sejenis bunga tanaman hiasan yang berbau harum seperti pisang yang ranum. Biasanya, ia menjadi aroma semulajadi jika diletakkan di ruang tamu memadailah dengan 3-4 kuntum sahaja.

Teknik Bukaan Zig Zag dan Teknik Cincang.

Bagi menghasilkan corak sulam goyang motif bungaan yang nampak timbul, maka teknik bukaan zig zag telah digunakan. Dan ia dicincang pula dengan teknik cincang untuk menampakkan urat-urat semulajadi motif bunga yang terhasil. Malah, kombinasi warna yang kontra juga berjaya memberi tona yang menarik serta menampakkan lagi corak sulam goyang motif bungaan kali ini lebih natural.

Ketebalan Corak Sulam Goyang 4 Inci.

Selain itu, untuk menghasilkan bungaan penuh di pergelangan tangan, rekaan berbentuk pucuk rebung telah dihasilkan. Dan ketinggian corak sulam goyang kali ini mencecah 4 inci. Ia disulam hingga ke puncak. Rekaan sulam goyang kali ini menampakkan ia penuh di bahagian tangan apabila telah siap sepenuhnya menjadi busana kurung Johor.

Kerawang Air Mata.

Adapun kerawang yang berbentuk air mata memberi sedikit kelainan pada rekaan sulam goyang kami kali ini. Jika sekali imbas, pastinya lubang-lubang kerawang dibuat seperti sekuntum bunga. Namun, sebenarnya, ia adalah rekaan kerawang berbentuk air mata. Kami hasilkan motif kerawang yang berbeza pada kali ini mengikut kehendak pelanggan kami.

Dihasilkan Secara Teliti Tirus dan Meruncing.

Kerawang air mata ini perlu dihasilkan dengan penuh teliti agar bentuk-bentuk air mata jelas kelihatan walaupun ia disusun seperti bentuk bunga. Malah, semasa proses tebuk lubang kerawang, ia dilakukan dengan penuh teliti untuk setiap kerawang air mata yang dihasilkan secara tirus dan meruncing.

Corak Sulam Goyang Berbeza.

Inilah yang menjadikan rekaan corak sulam goyang kami pada kali ini berlainan daripada rekaan sulaman kami sebelum ini walaupun pelanggan meminta pihak kami menghasilkan motif bunga leletup yang pernah kami hasilkan pada rekaan terdahulu sebelum ini. Ini kerana, kami menjanjikan setiap rekaan sulaman tidak akan diduplikasi walaupun pelanggan menginginkan corak bungaan yang sama pernah kami hasilkan sebelum ini.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Jelas corak sulam goyang 1 design untuk 1 fabrik ini menjadikan identiti kami Butik Sulaman Sri Classic berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam goyang kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Corak Sulam Goyang Terkini Butik Sri Classic.

Inilah sajian foto bergambar corak sulam ayak bunga leletup dan bunga pisang dengan kerawang air mata yang telah dihasilkan pada tempahan baju kurung Johor untuk pelanggan butik sulaman kami. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam ayak bunga leletup kali ini.

Jika anda berminat dengan corak sulam goyang bunga leletup yang dihasilkan pada kurung Johor di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Baju Kurung Johor Sulam Goyang Bunga Leletup Kerawang Air Mata

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461