Sulam Tebu Baju Kurung Teluk Belanga Johor2018-11-22T07:42:49+00:00

Project Description

Sulam Tebu Baju Kurung Teluk Belanga Johor

Kurung Teluk Belanga.

Inilah hasil rekaan sulam tebu baju kurung teluk belanga johor untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Sulam Tebu Baju Kurung Teluk Belanga Johor
Follow Us On Instagram

Baju Kurung Teluk Belanga Johor.

Kurung Teluk Belanga.

Pada kali ini sulaman kerawang dihasilkan pada baju kurung teluk belanga Johor. Di mana baju kurung teluk belanga ini dihiasi dengan jahitan mata lalat. Ya, sememangnya sulaman kebiasaannya akan dihasilkan pada hujung tangan baju atau di keliling bawah baju. Namun, pada design sulaman kerawang kali ini, pelanggan kami meminta agar sulaman tebu dihasilkan pada pesak baju kurung johor ini.

Corak Di Bahagian Belakang Baju Kebaya Tradisional Sulam.

Koleksi Baju Kebaya Tradisional.

Walau bagaimanapun, pada keseluruhan bahagian belakang baju kebaya tradisional ini serta bahagian belakang kainnya, dihasilkan biku-biku sulam kecil agar ia nampak sempurna dengan hasil sulaman kerawang pada bahagian hadapannya.

Sulam Tebu Pengganti Kun atau Lis.

Kurung Teluk Belanga.

Ibaratnya, sulaman tebu ini, boleh berfungsi sama seperti aksesori lain seperti kun atau lis tepi pesak baju kurung. Walau bagaimanapun, peranannya digantikan dengan sulaman tebu.

Kenali Ciri Asas Sulam Tebu.

Kurung Teluk Belanga.

Mengapa design ini dipanggil sebagai sulaman tebu? Ya, sebenarnya jika dilihat resmi pokok tebu yang tinggi dan tegak, itulah perumpamaan pada hasil sulaman ini yang mirip seperti tebu dan menegak ke atas. Biasanya, sulaman tebu ini dihasilkan di bahagian pesak ataupun tepi baju yang menegak. Jika dihasilkan pada bahagian melintang, ia tidak dipanggil sebagai sulam tebu. Sebaliknya, ia dikenali dengan biku keliling baju. Itulah yang membezakan sulam tebu dengan hasil sulam yang lain.

Sulam Tebu bermotif Bunga Dahli Berdaun Kecil.

Kurung Teluk Belanga.

Atas permintaan pelanggan yang inginkan design sulam tebu, maka motif bunga dahlia dihasilkan dengan daun-daun kecil seperti bunga padi. Bunga dahlia ini dihasilkan dalam saiz yang kecil kerana ruang pesak ini tidak besar dan ia menegak ke atas. Oleh yang demikian, saiz sulaman tebu yang dihasilkan perlulah bersaiz kecil. Dengan saiz kecil inilah, ia akan menyerikan lagi hasil sulaman tebu pada baju kurung teluk belanga johor tersebut.

Sulam Motif Ros Jepun Di Hujung Tangan.

Kurung Teluk Belanga Johor.

Selain daripada sulaman tebu, di bahagian hujung tangan baju kurung johor ini, dihasilkan sulam yang bermotifkan bunga ros jepun dan juga daun keledek. Hal ini kerana, daun keledek yang melebar dan mempunyai sulur yang meliuk itu, sepadan dengan bunga ros jepun. Ia memberi satu kelainan apabila pelbagai elemen digabungkan dalam satu-satu design sulam. Hal ini kerana, kebanyakan design sebelum ini menggunakan motif yang sama. Contohnya, jika menggunakan motif sulam bunga teratai, pastinya daun teratai yang besar serta membulat akan digunakan. Ia sesuai untuk menjadikan designnya nampak natural. Namun, gabungan motif pada kali ini, berjaya memberi kelainan dan hasilnya nampak lebih menyerlah. Pokoknya, ia memberi ilham kepada saya untuk melakar motif sulam yang cantik dan tidak tertumpu pada elemen natural semata-mata.

Bentuk Pucuk Rebung.

Kurung Teluk Belanga Johor.

Kali ini, bentuk pucuk rebung menjadi pilihan dalam menghasilkan sulaman kerawang di hujung tangan ini. Ia bertujuan agar hasilnya lebih menyerlah dan membuatkan tangan si pemakai lebih meruncing. Sulaman telah dihasilkan setinggi 5 inci. Tebal di bahagian sisinya pula adalah 2 inci. Hasilnya, ia menjadikan corak sulam nampak lebih tirus dan runcing di bahagian hujung tangan baju kurung teluk belanga Johor ini.

Corak Sulam Hujung Keliling Baju.

Kurung Teluk Belanga Johor.

Begitu juga dengan hujung keliling labuh baju. Ia menggunakan biku yang bermotif bunga dahlia yang sama di hasilkan pada bahagian pesak baju iaitu sulam tebu. Namun, lengkuk yang dihasilkan di bahagian hujung baju yang mematikan hasil sulaman telah dijarakkan. Ia menyebabkan ruangan yang ada ditambah dengan lubang kerawang supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.

Motif Kerawang Daun.

Kurung Teluk Belanga Johor.

Pada kali ini, tebuk kerawang yang dihasilkan adalah kerawang daun. Kerawang ini ditebuk dengan mengikut urat-urat daun agar ia lebih kelihatan kemas dan cantik. Lengkuk kerawang yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk untuk memenuhi ruang ataupun celahan bunga-bungaan. Design yang telah dilukis, berjaya menjadikan hasil sulaman tampak lebih menarik pada keseluruhan tempat, samada di bahagian pesak, tangan ataupun di keliing bawah baju.

Penggunaan Warna Benang Yang Harmoni.

Kurung Teluk Belanga Johor Bersulam.

Dari segi penggunaan warna pula, penggunaan benang yang berwarna harmoni dipadankan secara teliti dengan kain songket yang mempunyai corak pucuk rebung. Kain songket ini kelihatan sedikit keemasan. Sebab itulah warna yang dihasilkan lebih kepada warna natural agar sesuai dipadankan dengan kain songket. Penggunaan warna-warna lembut seperti merah jambu, purple lembut dan biru muda menjadikan gabungan warna ini sepadan dan harmoni. Ia sesuai bagi semua golongan yang sukakan konsep minimalis tetapi tampak elegan.

Teknik Sulam Ayak Padu dan Zig Zag.

Kurung Teluk Belanga Johor Sulam.

Teknik sulaman ayak yang digunakan adalah teknik bukaan zig zag satin. Ia bertujuan, agar sulaman yang dihasilkan nampak lebih timbul. Selain turut diserikan dengan teknik sulam padu cincang di bahagian urat-urat daun dan juga di bahagian dalam petal bunga ros Jepun. Inilah yang menampakkan satu-satu hasil sulaman menjadi lebih eksklusif apabila menggunakan pelbagai teknik sulaman ayak yang memberikan impak yang cantik dan menarik apabila dipandang.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Baju Kebaya Tradisonal Sulam.

Hasil sulaman kerawang kali ini cukup berbeza jika dibandngkan dengan design sulaman kerawang kain sebelum ini. Paling ketara adalah penghasilan sulam tebu di bahagian pesak baju kurung ini yang boleh dijadikan trend yang cantik terutamanya bagi fabrik yang polos sepertimana baju kurung teluk belanga johor ini. Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada fesyen baju kebaya tradisional sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Sulam Tebu Baju Kurung Teluk Belanga Johor.

Koleksi Sulam Baju Kurung Johor Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Inilah sajian foto bergambar sulam tebu baju kurung teluk belanga Johor yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam tebu koleksi butik sulaman kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan hasil design sulam tebu baju kurung teluk belanga johor di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461