Design Kurung Moden Bersulam Bunga Magnolia dan Sakura Dengan Kerawang Daun

Baju Kurung Moden Sulam.

Berikut adalah hasil rekaan Design Kurung Moden Bersulam Bunga Magnolia dan Sakura Dengan Kerawang Daun untuk pelanggan butik sulaman kami dari Singapura.

Design Kurung Moden Bersulam Bunga Magnolia dan Sakura Dengan Kerawang Daun

Design Kurung Moden Bersulam Bunga Magnolia dan Sakura Dengan Kerawang Daun.

Tempahan Sulam Dari Singapura.

Design sulam kerawang kali ini dihasilkan pada baju kurung moden dengan motif bunga magnolia dan bunga sakura. Manakala kerawang yang dihasilkan pula adalah kerawang motif daun. Design sulam kerawang pada kali ini dihasilkan setebal 10 inci pada pergelangan tangan dan keliling labuh baju. Hal ini dilakukan atas permintaan pelanggan kami dari Singapura.

Motif Sulam Bunga Sakura Bersaiz Besar.

Tempahan Sulam kerawang Dari Singapura.

Jika dilihat dengan teliti, motif bunga sakura pada design sulam kali ini bersaiz besar berbanding dengan motif bunga magnolia. Ia menjadikan motif bunga sakura ini, nampak lebih jelas pada fabrik yang disulam, walaupun motif bunga magnolia dihasilkan banyak melebihi bunga sakura. Motif bunga magnolia dijadikan motif sekunder yang diolah secara menaik. Hal ini kerana sulaman pada kali ini berbentuk seperti pucuk rebung iaitu meruncing seperti bentuk 3 segi setinggi 10 inci. Ia merupakan permintaan pelanggan yang inginkan busananya disulam membentuk pucuk rebung.

Batang dan Daun Pengganti Corak Sulur.

Tempahan Sulam Kurung Moden Dari Singapura.

Walaupun sulur pada motif sulam kali ini tidak kelihatan, namun batang motif bunga magnolia ini telah diolah sedikit membengkok dan meliuk ke atas. Malah, himpunan daun-daun yang banyak mengelilingi bunga sakura dan magnolia ini, berjaya menjadikan ia sebagai pengganti kepada sulur. Sebab itulah, pada design sulam kali ini, sulur seperti sulur kekacang, sulur awan larat, sulur akar banir, kesemuanya tidak ada pada design sulaman kali ini. Walau bagaimanapun, ia tetap menarik kerana dahan-dahan magnolia tadi disulam membengkok dan meliuk.

Motif Kerawang Daun Pada Celahan Bunga Sulam.

Tempahan Sulaman Kerawang Dari Singapura.

Oleh kerana pelanggan Singapura ini sangat meminati dengan kerawang, maka kami tampilkan motif kerawang daun pada celahan sulaman motif bunga magnolia dan bunga sakura ini. Kerawang daun ini dilihat seperti helaian daun-daun yang sebenar. Malah, ia cantik menghiasi design sulaman kerawang pada kali ini.

Fabrik Kurung Moden Berwarna Oren.

Tempahan Sulaman Kurung Moden Dari Singapura.

Selain daripada motif dan kerawang, pemilihan warna yang tepat juga penting untuk menjadikan sesuatu hasil sulaman kerawang itu indah dipandang mata. Latar belakang fabrik yang berwarna oren, sebenarnya amat sukar bagi penyulam untuk mencari pemilihan warna yang tepat. Ini kerana, jika tersalah pilih dalam pemilihan warna ini, akan menjadikan design sulaman tersebut malap. Oleh itu, pemilihan waran yang berlatarkan oren ini perlu dibuat dengan teliti agar situasi seperti di atas tidak akan berlaku.

Warna Sub-Complimentary Menjadi Pilihan.

Tempahan Sulaman Kerawang Dari Singapura.

Maka, pada kali ini, warna-warna sub-complimentary telah dipilih agar ia nampak harmoni dan sepadan dengan pemilihan warna kerawang. Dengan penggunaan warna yang harmoni ini, iaitu sub-complimentary, ia akan menjadikan hasil sulaman kerawang ini lebih menarik dan manik dipandang mata.

Penggunaan Teknik Menyulam Ayak Yang Betul.

Tempahan Sulam Kurung Moden Dari Singapura.

Selain daripada pemilihan warna, teknik-teknik sulam yang tepat juga perlu digunakan agar menjadikan kerja-kerja menyulam menjadi cepat dan kemas. Ini kerana, jika Teknik yang digunakan ini tidak dititikberatkan, ia boleh mengakibatkan hasil sulaman, nampak tidak timbul dan longgar. Teknik bukaan zig zag membulat pada biku sulaman, menjadikan sulaman kerawang ini nampak unik dan berbeza dengan design sulaman-sulaman kami sebelum ini. Ia nampak lebih timbul.

3 Elemen Penting Dalam Menyulam.

Tempahan Sulam Dari Singapura.

Justeru, setiap faktor memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu rekaan sulaman kerawang. Ia bertujuan menjadikan rekaan sulaman nampak lebih eksklusif. Faktor pemilihan motif, ketebalan sulam, warna dan juga teknik yang tepat perlu dibuat dengan teliti agar setiap hasil sulaman kerawang ini, bukan sahaja cantik tetapi memenuhi selera pelanggan. Sebab itulah kepuasan pelanggan merupakan keutamaan pihak kami.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada Design Kurung Moden Bersulam Bunga Magnolia dan Sakura Dengan Kerawang Daun Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Kurung Moden Bersulam Bunga Magnolia dan Sakura Dengan Kerawang Daun.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar baju kurung moden sulam yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami dari Singapura pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam koleksi sulam kerawang kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Kurung Moden Bersulam Bunga Magnolia dan Sakura Dengan Kerawang Daun di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Baju Kebaya Tradisional Sulam - Corak Bunga Ros

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461