Baju Kurung Moden Sulam Goyang Kerawang Daun.
Koleksi Baju Kurung Moden Bersulam Goyang.
Tempahan sulam goyang kami pada kali ini menghasilkan motif bunga asam batu dan bunga tanjung pada fabrik crepe back satin. Tempahan sulam goyang ini dihasilkan untuk pelanggan kami yang berada di Johor Bahru. Sulaman goyang ini dibuat pada baju kurung moden tanpa lining di bahagian hujung tangan dan juga di keliling bawah baju setinggi 3 inci.
Saiz Bunga Sulam Sebesar 10 Sen.
Koleksi Baju Kurung Moden Bersulam.
Atas permintaan pelanggan, kami hasilkan saiz bunga yang sederhana iaitu sebesar duit 10 sen. Ini bagi menepati kehendak pelanggan yang ingin nampak ayu apabila digayakan serta bersesuaian dengan umurnya di sekitar 20-an. Justeru, berdasarkan perbincangan dengan pelanggan kami, maka terhasillah design sulam goyang motif bunga asam batu dan juga bunga tanjung.
Sulur Paku Pakis Dihasilkan Rekaan Sulam Goyang.
Koleksi Sulam Goyang Berkerawang.
Jika diperhatikan dengan teliti, sulur yang ditonjolkan pada kali ini adalah sulur paku pakis. Sebab itulah, jika anda lihat sulurnya, ia bertingkat-tingkat dan bergulung-gulung. Ia menggabungkan bunga asam batu dan juga bunga tanjung. Motif bunga asam batu dihasilkan dalam keadaan sisi iaitu mengiring.
Motif Sulam Bunga Tanjung.
Corak Sulam Goyang Kerawang.
Manakala, motif bunga tanjung pula, dihasilkan dalam keadaan pandangan atas. Sebab itulah ia direka kembang sebanyak 5 kelopak. Adapun terdapat kudup-kudup bunga tanjung yang dihasilkan sebagai penyeri corak sulaman secara keseluruhan.
Motif Kerawang Daun Menghiasi Kurung Moden.
Corak Kerawang Sulam Goyang.
Selain itu, pelanggan juga meminta agar kerawang daun dihasilkan pada motif sulaman goyang pada kali ini. Kerawang daun ini pula, dihasilkan pada celahan keseluruhan corak sulaman motif bunga asam batu dan bunga tanjung. Malah, saiz kerawang juga kecil agar ia sesuai dengan saiz bunga tanjung dan bunga asam batu yang menjadi motif utama sulaman goyang kerawang ini.
Biku Skalop Dalam Rekaan Sulam Goyang.
Corak Biku Sulam Goyang.
Jika sebelum ini, kebanyakan biku yang dihasilkan pada hujung sulaman adalah biku seperti corak anak sungai dan lompat katak sahaja. Tetapi pada tempahan sulam goyang kali ini, biku yang dihasilkan adalah biku skalop yang mempunyai bulatan-bulatan seperti bentuk rantai. Ia dihasilkan sepanjang biku sulaman goyang motif bunga tanjung dan bunga asam batu. Inilah yang menjadikan sulaman goyang kerawang kali ini lain daripada yang lain.
Penggunaan Warna Benang Sulam Senada Dengan Fabrik.
Pilihan Waran Benang Sulam.
Dari segi warnanya pula, ia dibuat menyamai warna kain fabrik. Dengan kata lain, ia dihasilkan senada dengan warna kain iaitu putih kuning. Namun, untuk menampakkan ia lebih menarik, kami turut menggabung jalinkan warna-warna senada agar ia kelihatan seperti warna pastel iaitu penggunaan warna cream, putih kuning dan coklat cair. Kombinasi warna-warna ini membuatkan hasil sulaman goyang pada kali ini nampak lebih natural dan semula jadi.
Teknik Sulam Goyang Yang Diguna Pakai.
Cara Menyulam Goyang.
Selain itu, jika kita lihat teknik yang digunakan, ia banyak mengguna pakai teknik cincang. Teknik sulam padu zig-zag hanya dilakukan sebagai bordir pada keseluruhan motif bunga dan daun pada hasil sulaman ini. Selebihnya, teknik cincang digunakan untuk menyulam pada bahagian daun, bunga dan juga sulur. Dengan penggunaan Teknik sulam goyang ini, hasil sulaman akan nampak lebih kemas dan cantik. Malahan, hasil sulam goyangnya tidak akan jadi tebal berbanding jika hanya menggunakan Teknik pengulangan zig-zag pada setiap permukaan. Dengan in, hasil sulaman goyang kerawang lebih nipis dan tidak berketul-ketul terutamanya di bahagian dalam fabrik tersebut.
Hasil Sulam Goyang Kerawang Mengikut Citarasa Pelanggan.
Sulam Goyang Eksklusif.
Justeru, setiap ruang dan juga motif sulam goyang kerawang ini dihasilkan daripada perbincangan antara pihak pelanggan dengan kami. Seterusnya, pihak pelanggan yang menyarankan agar dihasilkan hanya setinggi 3 inci sulamnya dan juga hasilnya perlu nampak natural. Huraian di atas menerangkan dengan jelas semua aspek sulam goyang kerawang motif bunga tanjung dan bunga asam batu yang dihasilkan untuk kurung moden pelanggan kami yang berada di Johor Bahru ini.
Hasil Sulaman Goyang Kerawang Eksklusif.
Baju Kurung Moden.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada corak sulam goyang kurung moden dari Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman goyang kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam goyang kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Sulam Goyang Baju Kurung Moden.
Koleksi Sulam Goyang Baju Kurung Moden Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar baju kurung moden yang telah disulam goyang untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini yang berada di Johor Bahru. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat koleksi sulam goyang kerawang kami pada kali ini.
Jika anda berminat dengan corak sulam goyang motif bunga asam batu dan bunga tanjung bersama kerawang daun ini, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam goyang kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Goyang Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461