Project Description

Kurung Moden Bersulam Kerawang Motif Bunga Kantan.

Baju Kurung Moden Bersulam.

Inilah hasil design kurung moden bersulam kerawang motif bunga kantan. Baju kurung moden bersulam kerawang ini dihasilkan untuk pelanggan butik sulam kami pada kali ini.

Kurung Moden Bersulam Kerawang Motif Sulam Bunga Kantan
Follow Us On Instagram

Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang.

Koleksi Kurung Moden Bersulam.

Pada kali ini, sulam kerawang motif bunga kantan dihasilkan pada baju kurung moden. Motif bunga kantan ini dipilih kerana ia menyamai motif bunga dan gambar-gambar abstrak yang ada pada fabrik baju kurung moden ini.

Corak Sulam Di Bahagian Hujung Tangan Baju dan Sulur Di Bahagian Labuh Baju.

Koleksi Kurung Moden Bersulam.

Oleh itu, sulam kerawang pada kali ini dibuat dan dihasilkan pada hujung bahagian tangan. Manakala pada bahagian baju, hanya dihasilkan biku. Ini adalah kerawang yang jarang dihasilkan kerana kebiasaannya, sulaman kerawang yang dihasilkan di bahagian bawah baju ini dihasilkan memenuhi keliling baju. Namun, atas permintaan pelanggan kami, sulaman kerawang ini dihasilkan setebal 5 inci di bahagian tangan dan 12 inci di bahagian hadapan bawah baju. Manakala di bahagian belakang baju pula, dihasilkan biku sulam sahaja sebagaimana yang diminta pelanggan.

Motif Sulam Berdaun Gerigi.

Koleksi Kurung Moden Bersulam Kerawang.

Walaupun jika secara alami, bunga kantan ini mempunyai daun-daun yang lebar sebagaimana daun pokok lengkuas. Namun, dalam motif sulam kali ini, kami hasilkan daun-daun bergerigi seperti daun beluntas. Ini kerana daun beluntas sedikit lebar dan bergerigi dan mempunyai permukaan yang kasar serta berbentuk seperti berlian bersegi-segi. Lantas, ia menjadi ilham kami untuk digabungkan dengan motif bunga kantan pada design sulam kali ini.

Sulur Meliuk Menjadi Pilihan.

Corak Kurung Moden Bersulam.

Selain itu, sulur yang meliuk dan mudah lentur seperti sulur labu telah menjadi pilihan pada hasil sulam kali ini. Ia bagi menghasilkan rekaan sulur yang Nampak harmoni dengan rekaan sulam motif bunga kantan. Sebab itulah, digayakan sulur yang meliuk dengan padanan daun beluntas.

Motif Sulam Kerawang Sarang Labah-Labah.

Corak Kurung Moden Bersulam.

Manakala, pada ruang di celahan sulaman motif bunga kantan ini, dihiasi dengan kerawang sarang labah-labah yang unik seperti kerawang sarang tebuan. Ternyata, ia jelas kelihatan di segenap celahan motif sulaman yang dipenuhi dengan kerawang sarang labah-labah. Oleh kerana ketebalan sulam kerawang di bahagian tangan dan hadapan baju ini tinggi, ia menampakkan lagi corak kerawang labah-labah ini secara tersusun rapi dan kemas.

Teknik Sulam Baju Kurung Moden.

Kekemasan ini terserlah dek kerana teknik bukaan zig zag yang digunakan dalam menghasilkan kerawang sarang labah-labah ini. Walaupun bukaan zig zag sarang labah-labah ini dihasilkan kecil iaitu sebesar ½ cm, namun hasilnya Nampak kemas dan tegap berbanding dengan teknik layangan. Sebab itulah, kerawang sarang labah-labah yang dihasilkan ini Nampak lebih tegap dan kemas.

Bingkai Halus Di Setiap Kelopak Bunga, Sulur dan Daun.

Teknik Sulaman Baju Kurung Moden.

Adapun setiap kelopak bunga, sulur dan daun dihasilkan bingkai halus untuk menampakkan bentuk motif sulam yang lebih menarik. Setelah itu, bukaan zig-zag pada hujung kelopak bunga dan daun dibuat untuk menampakkan effect atau kesan timbul yang cantik.

Menggunakan Teknik Cincang Layangan Pada Permukaan Corak Sulam.

Teknik Sulam Baju Kurung Moden.

Dengan ini, teknik cincang layangan dihasilkan pada setiap permukaan kelopak daun dan juga bunga. Ia Berjaya memberikan kesan natural dan semulajadi pada hasil design sulam ini. Malah, bukaan zig-zag seperti air mata turut digunakan untuk menghasilkan daun.

Memadankan Warna Yang Sesuai Dengan Fabrik.

Warna Benang Sulam Kurung Moden.

Walaupun latar belakang warna baju kurung moden ini sedikit pudar dek kerana warna coklat keemasan, namun penggunaan warna pada sulaman kerawang kali ini berjaya menaikkan seri pada baju kurung moden ini. Pemilihan warna terang seperti warna coklat nescafe berjaya menjadikan warna tebuk kerawangnya seakan-akan warna fabrik.