Baju Kurung Moden Sulam Kerawang Sarang Tebuan.

Baju Kurung Moden Sulam Kerawang.

Berikut adalah hasil rekaan baju kurung moden sulam kerawang sarang tebuan dengan motif corak bunga bakawali untuk pelanggan butik sulam kami pada kali ini.

Kurung Moden Sulam Kerawang Sarang Tebuan

Kurung Moden Sulam Kerawang.

Koleksi Kurung Moden Sulam Kerawang.

Pada kali ini, sulaman kerawang motif bunga bakawali ini dihasilkan pada baju kurung moden yang mempunyai belah di bahagian sisi baju. Baju kurung moden ini kelihatan seperti baju punjabi yang mempunyai belahan di kiri dan juga kanan baju.

Corak Sulam Mengikut Permintaan Pelanggan.

Tempahan Sulam Secara Custom-Made.

Setelah berbincang dengan pihak pelanggan, beliau hanya mahukan sulaman yang sedikit tebal di bahagian sisi baju dan ia nampak semakin menurun dan landai pada bahagian tengah. Oleh yang demikian, ia akan nampak melengkung seperti bentuk kubah terbalik di bahagian hadapan baju kurung moden ini.

Motif Sulam Bunga Bakawali Sedondon Dengan Motif Fabrik Kurung Moden.

Design Sulam Setara Dengan Warna Fabrik.

Motif bunga bakawali dipilih kerana motif tersebut merupakan motif bunga yang ada pada fabrik baju kurung moden ini. Walaupun pada latar fabrik ini, saiz bunga bakawali adalah sederhana kecil, namun ia tidak bermakna ia tidak boleh dijadikan bunga utama dalam menghasilkan motif utama untuk satu-satu design sulam kerawang. Selain daripada bunga bakawali, bunga-bunga kecil seperti bunga sakura turut digunakan untuk menghiasi motif sulam kerawang pada kurung moden ini.

Motif Daun Berlekuk-Lekuk Setara Dengan Motif Asal Bunga.

Rekaan Sulam Harmoni Dengan Fabrik Baju.

Oleh kerana daun bunga bakawali sememangnya berlekuk-lekuk seperti daun kaktus, di sini juga diilhamkan daun yang berlekuk-lekuk agar menjadi kesinambungan pada keseluruhan motif bunga bakawali. Sekali tengok pastinya nampak seperti paku pakis, namun daun yang besar serta berlekuk ini pastinya menggunakan daun bunga bakawali.

5 Inci Saiz Ketebalan Sulam.

Ketebalan Sulam Mengikut Permintaan Pelanggan.

Dari segi ketebalan sulaman kerawang pada kali ini pula, ia dihasilkan setebal 5 inci. Ia dihasilkan secara membukit dengan bentuk pucuk rebung di bahagian tangan. Dan seperti kubah terbalik di bahagian hadapan baju. Walaupun begitu, di kiri dan kanan baju ini dihasilkan kerawang setebal 5 inci. Oleh kerana terdapat belahan di tepi baju kurung moden ini, maka biku seperti alur sungai yang berlekuk-lekuk dihasilkan.

Corak Sulur Awan Larat.

Sulur Dihasilkan Bersesuaian Dengan Motif Sulam.

Jika dilihat pada motif sulaman kali ini, corak sulur berbentuk awan larat dihasilkan. Malah, ia diserikan lagi dengan lengkuk awan larat yang dihasilkan pada daun-daun bunga bakawali ini. Sebab itulah, daun-daun bunga bakawali ini kelihatan meliang-liuk seperti awan larat.

Kerawang Berbentuk Sarang Tebuan.

Rekaan Motif Kerawang Terkini.

Selain daripada sulur dan motif bunga, kecantikan satu-satu motif sulam kerawang dapat dilihat pada kerawang itu sendiri. Jika motif kerawang labah-labah dihasilkan pada rekaan terdahulu, maka pada kali ini, kerawang berbentuk sarang tebuan dihasilkan dengan kemas. Kerawang sarang tebuan dihasilkan tersusun di celahan motif sulaman kerawang baju kurung moden ini. Jelas, bentuk segi 6 dapat dilihat sebagaimana bentuk sebenar sarang tebuan. Ia lebih kemas lagi apabila dihasilkan secara teratur dalam saiz yang sama. Inilah yang menjadikan hasil sulaman kerawang motif bunga bakawali ini kelihatan kemas dan eksklusif.

Pilihan Warna Benang Sulam Yang Harmoni.

Penggunaan Warna Benang Sulam Secara Harmoni.

Oleh kerana latar belakang fabrik baju kurung moden ini berwarna-warni dan coraknya penuh dengan bunga-bungaan yang pelbagai saiz, ia merupakan satu cabaran buat kami untuk menghasilkan sulaman kerawang pada kali ini. Ini kerana, jika tersalah membuat pilihan warna yang tepat, pastinya ia akan menenggelamkan hasil sulaman kerawang tersebut. Apatah lagi, selera pelanggan yang inginkan warna yang harmoni dengan warna baju.

Pemilihan Warna Biru Laut Setara Dengan Warna Dasar Fabrik.

Peri Pentingnya Pemilihan Tepat Warna Benang Sulam.

Oleh itu, di bahagian kerawang sarang tebuan, pemilihan warna biru laut dipilih agar hasil sulaman nampak timbul. Ini kerana, warna biru laut digunakan paling banyak pada latar fabrik baju kurung moden ini. Selain itu, bunga bakawali pula, menggunakan beberapa pilihan warna iaitu navy blue, pink terang dan juga kuning muda serta warna unggu biji kundang sebagai border bunga bakawali ini. Pada bahagian daunnya pula, warna hijau lumut dan warna kuning digunakan untuk mencantikkan lagi hasil sulaman kerawang motif bunga bakawali ini. Malah, warna yang digunakan untuk bunga bakawali digunakan juga untuk bunga-bunga kecil sakura. Hal ini membuatkan motif keseluruhan bunga pada design sulam kali ini lebih menyerlah.

Teknik Sulaman Bukaan Zig Zag Kecil dan Besar.

Ketahui Kaedah dan Teknik Menyulam Ayak.

Selain daripada warna, Teknik sulaman yang digunakan juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu corak sulam kerawang yang cantik. Bagi menyerlahkan motif sulaman agar kelihatan timbul, border ataupun bingkai sulaman perlu dihasilkan di setiap motif sulaman, samada bunga, sulur, mahupun dedaun. Border ini menggunakan Teknik zig-zag yang bersaiz kecil. Manakala bukaan zig zag yang besar pula dijadikan asas bagi bahagian dalam satu-satu kelopak motif ini. Bukaan zig zag ini akan kelihatan tebal dan timbul. Walau bagaimanapun, ia perlu dicampurkan dengan teknik cincang sulam padu supaya menjdaikan tona timbul dan mendatar pada satu-satu motif sulaman. Dengan ini, hasil sulaman akan lebih menarik dengan menggunakan teknik sulaman yang betul.

Kurung Moden Sulam Kerawang Sarang Tebuan.

Baju Kurung Moden Sulam.

Justeru, kombinasi pemilihan motif, sulur, kerawang, warna dan teknik yang betul dan tepat akan menghasilkan design sulaman kerawang yang cantik dan tidak puas mata memandang. Oleh itu, setiap pemilihan ini, perlulah diberi penekanan yang wajar. Pengalaman seseorang penyulam juga penting dalam menghasilkan sesuatu sulaman yang terbaik.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Baju Kebaya Tradisonal Sulam.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada fesyen baju kurung moden sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Kurung Moden Sulam Kerawang Sarang Tebuan.

Koleksi Baju Kurung Moden Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar baju kurung moden sulam yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam koleksi baju kurung moden kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan kurung moden sulam yang bermotif sulam corak bunga bakawali di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Baju Kebaya Tradisional Sulam - Corak Bunga Ros

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulam Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461