Baju Kurung Moden Sulam Kerawang Motif Bunga Lili dan Ros.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung moden untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Salak Selatan, Selangor. Tempahan sulam ini menggunakan 2 motif bunga sulam utama dengan padanan kerawang sarang tebuan.

Kurung Moden Sulam Kerawang Motif Bunga Lili dan Ros

Kurung Moden Sulam Kerawang Motif Bunga Lili dan Ros.

Tempahan Kurung Moden, Salak Selatan, Selangor.

Pada kali ini, rekaan untuk tempahan sulaman kerawang dihasilkan dengan menggabungkan 2 motif sulam utama iaitu bunga lili dan juga bunga ros. Ya, hal ini sangat jarang kami hasilkan kerana kebiasaannya, kami hanya menggabungkan motif utama dengan motif bunag sekunder seperti baby flower sebagai penyeri kepada motif sulaman utama.

Hasil Sulaman Di Hujung Lengan Baju Kurung Moden.

Rekaan Sulaman Ayak Kurung Moden.

Sulaman pada kali ini hanya dihasilkan pada hujung lengan baju sahaja. Ia sebagai memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan sulaman dihasilkan pada hujung lengan baju kurung modennya. Bagi pelanggan yang berasal dari Salak Selatan, Selangor ini, beliau inginkan pada bahagian tangan baju sahaja yang menampakkan mewah sulamnya kerana beliau seorang yang berhijab.

4 Inci Ketebalan Saiz Sulam.

Ketebalan Saiz Tempahan Sulam.

Dari segi ketinggian ataupun ketebalan sulamannya pula, ia dihasilkan setebal 4 inci. Ia sesuai bagi mereka yang inginkan kesederhanaan sahaja. Dengan ketebalan sulaman 4 inci ini, ia nampak tidak terlalu tebal dan juga tidak terlalu nipis rekaan sulamnya. Malah, ia amat sesuai untuk digayakan ke pejabat mahupun ke majlis-majlis formal.

Penggunaan Sulur Paku Pakis Yang Bergulung-Gulung.

Motif Sulur Untuk Rekaan Sulaman.

Selain itu, ia turut diserikan dengan penggunaan sulur dan daun-daun yang sedikit lebar memenuhi ruang sulaman kerawang pada kali ini. Sulur yang digunakan adalah sulur paku pakis yang berbentuk seperti bergulung-gulung. Malah, setiap ruang kosong akan diisi dengan sulur dan dedaun yang membulat agar ia menjadikan hasil sulaman pada kali ini nampak lebih sempurna.

Motif Kerawang Sarang Tebuan.

Motif Kerawang Sulam.

Bukan itu sahaja, motif kerawang yang berbentuk sarang tebuan ini juga menjadikan rekaan sulaman nampak lebih kemas. Hal ini kerana sifat sarang tebuan itu sendiri yang tersusun rapi menjadikan hasil sulaman ini nampak lebih tertib.

Penggunaan Warna Sulam Yang Kontra Tetapi Harmoni.

Pemilihan Warna Sulam.

Kali ini penggunaan warna-warna kontra yang harmoni menjadi pilihan penempah. Hal ini kerana, pelanggan hanya inginkan hasil sulaman yang nampak cantik dan menarik. Sebab itulah warna kontra menjadi pilihan agar ia lebih menyerlah. Walau bagaimanapun, warna-warnanya tetap harmoni agar ia sedap dipandang.

Penggunaan Teknik Layangan Dalam Menghasilkan Sulam Ayak.

Teknik Sulam Ayak.

Dari segi Teknik ayak sulamnya pula, Teknik layangan turut digunakan bagi menampakkan tona sulaman berbeza terutamanya di kelopak bunga lili dan juga bunga ros. Ini menjadikan setiap kelopak seolah-olah hidup dengan hasil sulaman kerawang ini.

Kepuasan Pelanggan, Kepuasan Kami.

Tempahan Sulam Kurung Moden dari Salak Selatan, Selangor.

Jadi, walaupun sulam hanya dihasilkan pada hujung lengan baju sahaja, tetapi hasil sulaman kali ini mampu memberi impak yang besar dan sekaligus menjadikan sulaman kerawang pada kali ini nampak mewah dan cantik. Apa yang penting, pelanggan amat berpuas hati dengan hasil sulaman yang dibuat pada baju kurung modennya.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Kurung Moden.

Kurung Moden Sulam Kerawang Motif Bunga Lili dan Ros Dengan Kerawang Sarang Tebuan.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Kurung Moden Sulam Kerawang Motif Bunga Lili dan Ros dengan Kerawang Sarang Tebuan yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Salak Selatan, Selangor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga lili dan ros pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Kurung Moden Sulam Kerawang Motif Bunga Lili dan Ros yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

BAJU KURUNG MODEN SULAM KERAWANG MOTIF BUNGA LILI DAN ROS

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461