Baju Pengantin Sulam Abstrak Motif Kerawang Pagar.

Baju Pengantin Sulam.

Berikut adalah hasil rekaan baju pengantin sulam dengan corak abstrak dan kerawang pagar untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Baju Pengantin Sulam - Koleksi Baju Pengantin Bersulam 2020

Baju Pengantin Sulam Abstrak.

Koleksi Baju Kurung Moden Pengantin.

Majlis akad nikah amat sinonim dengan baju berwarna putih ataupun krim. Kali ini, pelanggan hadir bersama baju kurung moden putih mutiara. Baju kurung moden ini dihasilkan dengan kain belah. Justeru, untuk rekaan pengantin, pastinya baju kurung moden ini disulam bersama-sama kain belah tersebut. Barulah ia sesuai dipakai untuk raja sehari ini.

Design Corak Sulam Abstrak Untuk Kurung Moden Pengantin.

Koleksi Baju Kurung Moden Pengantin.

Atas permintaan pelanggan, beliau inginkan corak yang berakar-akar ataupun abstrak. Oleh yang demikian, corak abstrak yang sesuai perlu dihasilkan pada baju kurung moden ini. Untuk menghasilkan corak abstrak yang cantik, motif paku pakis digabungkan dengan menggunakan pakis hutan dan juga pokok tanduk rusa. Hal ini kerana, hanya pakis hutan dan pokok tanduk rusa mempunyai rekaan yang bergerigi yang sesuai dengan permintaan pelanggan yang inginkan motif abstrak dan berakar-akar.

Ketebalan Saiz Sulam Mengikut Bahagian Tertentu.

Koleksi Baju Kurung Moden Pengantin.

Dari segi ketebalan sulam pula, ia berbeza-beza mengikut tempat-tempat tertentu. Sulam di bahagian tangan, dihasilkan dalam bentuk membukit ataupun membentuk pucuk rebung setinggi 5 inci. Manakala di bahagian depan baju juga, turut dihasilkan sulam setebal 5 inci secara membukit. Cuma di bahagian belakang baju dihasilkan mendatar setebal 2 inci sahaja.

Corak Sulam Bermotif Pantulan.

Koleksi Baju Kurung Moden Pengantin.

Namun, coraknya dihasilkan secara motif pantulan seperti cermin agar ia bersesuaian dengan baju kurung moden in yang mempunyai belahan di bahagian tengah. Jadi, untuk nampak lebih menarik lagi, motif sulaman di bahagian belakang ini dihasilkan secara pantulan. Selain itu, pada bahagian kain pula, dihasilkan sulaman dalam bentuk ‘L’ setinggi 8 x 6 inci. Ia dihasilkan di bahagian hadapan belahan kain. Selebihnya, biku-biku yang berlekuk-lekuk sahaja dihasilkan mengelilingi  kain belah tersebut.

Penggunaan Motif Sulur Kekacang.

Koleksi Baju Kurung Moden Pengantin.

Oleh kerana motif sulaman ini menggunakan motif abstrak dan juga paku pakis, maka sulur yang menyambungkan motif-motif ini ialah sulur kekacang. Ia jelas dapat dilihat terutamanya pada bahagian tepi motif sulaman kerawang kali ini. Walau bagaimanapun, sulur kekacang ini turut dilihat di celahan antara motif sulam paku pakis ini. Terutamanya pada bahagian sulaman yang dihasilkan mendatar di bahagain belakang baju kurung moden ini.

Corak Kerawang Pagar Menghiasi Motif Kerawang.

Koleksi Baju Kurung Moden Pengantin.

Sulaman yang cantik pastinya akan nampak lebih mewah apabila dipadankan dengan kerawang yang sesuai. Jika dahulu, kami menghasilkan sulam buih untuk baju kebaya songket pengantin, namun pada kali ini. Kerawang pagar dihasilkan kerana ia sangat sesuai dengan corak sulaman motif abstrak ini. Pun begitu, kerawang pagar ini dihasilkan di celahan ruang sulaman motif abstrak ini. Ia kelihatan seperti sulur kekacang dan paku pakis memanjat di atas pagar.

Warna Benang Senada Dengan Fabrik Baju Kurung Moden Pengantin.

Koleksi Baju Kurung Moden Pengantin.

Atas permintaan pelanggan, hanya satu benang sahaja digunakan iaitu warna putih. Ia dipilih kerana pelanggan kami inginkan warna yang sama digunakan untuk keseluruhan sulaman dan juga kerawang baju kurung moden pengantin ini.

Teknik Bukaan Zig Zag Halus Digunapakai Untuk Menyulam.

Koleksi Baju Kurung Moden Pengantin.

Selain itu, keseluruhan bentuk motif sulaman menggunakan teknik bukaan zig zag halus. Ia bagi menampakkan corak sulaman yang dihasilkan. Namun, pada sebahagian daun-daun yang lebar sahaja dimasukkan bukaan zig zag yang berbentuk air mata. Hal ini, dibuat agar menampakkan tona timbul pada sulaman kerawang ini kerana menggunakan satu warna sahaja.

Teknik Sulaman Ayak Kerawang.

Koleksi Baju Kurung Moden Pengantin.

Untuk menjadikan corak sulaman kerawang ini nampak lebih timbul dan menarik, sulaman motif abstrak ini amat menarik dan harmoni apabila dipadankan dengan kerawang bentuk pagar. Ia amat sesuai untuk pengantin yang ranggi walaupun berbaju kurung moden di hari pernikahannya. Ia nampak mewah dan ayu.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Baju Kebaya Tradisonal Sulam.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada rekaan sulam kerawang untuk baju kurung moden pengantin dari Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Baju Pengantin Sulam Abstrak Motif Kerawang Pagar.

Koleksi Sulam Baju Pengantin Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar baju pengantin bersulam yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam koleksi baju pengantin bersulam kami pada kali ini. Jangan lupa untuk meninjau busana kebaya songket pengantin kami juga.

Jika anda berminat dengan baju pengantin sulam abstrak dengan motif kerawang pagar di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Butik Sulam Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461