Sulam Padu Satin Benang Emas.
Sulaman Benang Emas.
Jika dilihat cop mohor dahulu, ia begitu sinonim dengan bentuk bulat. Namun, terdapat pelbagai ukiran yang melambangkan kuasa, prestij ataupun budaya sesebuah negeri ataupun negara. Pada kali ini, atas permintaan dan design yang diberikan pelanggan kami, corak yang menggabungkan motif bunga, awan larat, sulur dedaun direka dalam bentuk membulat seperti cop mohor.
Sulam Padu Satin Benang Emas Pada Kain Taffeta.
Sulaman Benang Emas.
Ia dihasilkan pada selembar kain taffeta sepanjang 2 meter. Ukuran setiap corak membulat ini adalah 12 inci x 12 inci. Jika dilihat material kain taffeta ini, sebenarnya ia sedikit keras dan juga licin. Bagi individu yang tidak tahu tentang kain ini, pastinya akan menyamai dengan kain funji yang keras dan licin. Oleh kerana kain yang diberikan adalah emas lembut, pelanggan hanya mahukan ia disulam menggunakan benang berwarna emas. Di sini, ia disulam menggunakan benang sulam yang berwarna emas. Sebanyak 6 corak telah dihasilkan di atas kain tersebut.
Motif Corak Sulam Padu Satin Benang Emas.
Sulaman Benang Emas.
Bermula dengan corak sekuntum bunga pecah 5 yang dihasilkan di bahagian tengah corak. Ia nampak seperti titik pancaran sesuatu motif pada kali ini. Corak awan larat juga dihasilkan berpecah-pecah yang menjadi simetri pada permulaan kembangan corak sulam ini. Ia terus berkembang dengan pengolahan daun yang menghiasi. Malah ia sentiasa berkait antara satu sama lain yang menjadikan corak sulam padu satin benang emas yang dihasilkan nampak unik dan kreatif.
Penggunaan Teknik Bukaan Zig Zag.
Sulaman Benang Emas.
Untuk mendapatkan kesan yang timbul pada sulaman kali ini, teknik bukaan zig zag satin digunakan. Ia dilakukan pada keseluruhan corak sulam. Lengkuk-lengkuk yang bergabung dipecahkan satu per satu dengan teknik satin agar ia nampak lebih kemas dan timbul. Apabila ia timbul, ini menunjukkan corak yang dihasilkan lebih menyerlah apatah lagi secara keseluruhannya menggunakan warna benang emas yang cantik. Kesannya, walaupun dari jauh, corak sulaman ini jelas kelihatan menarik.
Hasil Sulaman Nampak Timbul.
Sulaman Benang Emas.
Nyata, apabila hasil ini dihantar kepada pelanggan yang memintanya, beliau amat berpuashati kerana hasil sulaman ini nampak timbul dan sangat cantik apabila dipandang. Dengan warna keemasan benang sulam ini, ia menyerlahkan lagi hasil sulaman pada kali ini. Inilah hasil sulaman cop mohor yang dibuat pada kain taffeta.
Hasil Sulaman Benang Emas Eksklusif.
Sulaman Benang Emas.
Jadi, terdapat pelbagai elemen sulaman dapat dilihat pada rekaan sulam padu satin benang emas Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Sulam Padu Satin Benang Emas.
Koleksi Sulaman Terkini Butik Sri Classic.
Inilah sajian foto bergambar sulam padu satin benang emas yang telah dihasilkan untuk tempahan sulaman berdasarkan design dan permintaan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman benang emas kami pada kali ini.
Jika anda berminat dengan design sulaman benang emas di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461