Baju Kurung Malaysia Bersulam Kerawang Motif Bunga Dahlia Dengan Kerawang Buih.

Tempahan Sulam Baju Kurung Malaysia

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung Malaysia untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Shah Alam, Selangor. Tempahan sulam ini dihasilkan dengan motif kerawang buih.

Sulaman Kerawang Baju Kurung Malaysia Dengan Motif Bunga Dahlia dan Kerawang Buih

Sulaman Kerawang Baju Kurung Malaysia.

Tempahan Baju Kurung Malaysia Bersulam Shah Alam, Selangor.

Sulaman kerawang pada kali ini dihasilkan pada baju kurung Malaysia milik pelanggan dari Shah Alam, Selangor. Pelanggan ini merupakan pelanggan yang sering menempah sulam dengan pihak kami sejak beberapa tahun lalu. Kamsahamita puan!

Rekaan Sulaman Kerawang Yang Simple Tetapi Menarik.

Rekaan Kurung Malaysia Bersulam.

Oleh kerana beliau merupakan regular customer kami, maka kami dapat mengetahui citarasa corak sulaman yang diinginkan. Beliau sentiasa inginkan rekaan sulaman kerawang yang simple dan tidak berserabut teruatam dari segi motif, pemilihan kerawang mahupun pemilihan warna. Ini kerana, beliau seorang yang sederhana dalam segi pemakaian.

Motif Rekaan Sulam Bunga Dahlia.

Motif Sulam Pada Kurung Malaysia.

Justeru, pada kali ini, sulaman kerawang motif bunga dahlia ini dihasilkan setinggi 4 inci di bahagian tangan baju sahaja. Ketinggian 4 inci ini masih lagi ketinggian yang sesuai bagi mereka yang inginkan kesederhanaan iaitu tidak terlampau tinggi ataupun tidak terlampau nipis corak sulamannya. Ia sedang-sedang elok dan nampak elegan dengan keindahan motif sulaman kerawang itu sendiri.

Menampilkan Sulur Kekacang Yang Bergulung-Gulung.

Motif Corak Sulur Pada Kurung Malaysia.

Agak lama juga rekaan sulaman kami tidak menggunakan sulur kekacang iaitu sulur yang bergulung-gulung. Namun, pada rekaan sulaman kerawang motif bunga dahlia kali ini, kami gunakan sulur kekacang yang bergulung-gulung sebagai menghiasi motif bunga dahlia. Ini kerana sifat bunga dahlia itu sendiri adalah bunga yang lurus menegak sepertimana bunga matahari, dan buga lily. Sebab itulah, bunga dahlia ini, kami gunakan sulur kekacang yang bergulung-gulung agar hasil sulamannya nampak lebih menarik.

Motif Kerawang Buih Menjadi Pilihan.

Motif Kerawang Pilihan Kali Ini.

Dari segi penghasilan kerawangnya pula, kami menggunakan motif buih yang merupakan motif kerawang tradisi. Kerawang buih ini, mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia seolah-olah mempunyai titik sambung ataupun tidak pusat yang menjadikan kerawang buih tersebut nampak lebih cantik. Ia juga dihasilkan secara besar dan kecil dalam gabungan pelbagai saiz dan bentuk untuk penampilan lebih cantik.

Pemilihan Warna Benang Yang Senada Untuk Hasil Menarik.

Gabungan Warna Senada Dengan Fabrik Baju.

Selain itu, dari segi pemilihan warna sulaman, kami telah menggunakan warna senada kerana ingin memenuhi citarasa pihak pelanggan. Penggunaan warna senada ini juga turut menjadikan hasil rekaan sulaman kerawang motif bunga dahlia ini suatu hasil rekaan yang cantik.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Malaysia.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Malaysia.

Baju Kurung Malaysia Bersulam Kerawang Motif Bunga Dahlia Dengan Kerawang Buih.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Sulaman Kerawang Baju Kurung Malaysia Dengan Motif Bunga Dahlia dan Kerawang Buih yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Shah Alam, Selangor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga dahlia pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Sulaman Kerawang Baju Kurung Malaysia Dengan Motif Bunga Dahlia dan Kerawang Buih yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461