Baju Kurung Malaysia Bersulam Kerawang Motif Bunga Pecah Lima Dengan Kerawang Pagar.

Tempahan Sulam Baju Kurung Malaysia

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung Malaysia untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Shah Alam, Selangor. Tempahan sulam ini dipadankan dengan kerawang pagar.

Sulaman Kerawang Motif Bunga Pecah Lima dengan Kerawang Pagar Pada Baju Kurung Malaysia

Sulaman Kerawang Untuk Baju Kurung Malaysia.

Tempahan Sulam Dari Shah Alam, Selangor.

Sulaman kerawang motif bunga pecah lima ini ditempah oleh pelanggan daripada Shah Alam, Selangor. Motif bunga pecah lima ini adalah sebahagian daripada motif-motif tradisi masyarakat Melayu. Oleh kerana motif pada fabrik tersebut adalah bunga pecah lima, jadi kami ilhamkan motif tersebut pada design tempahan sulaman kerawang pada baju kurung Malaysia kali ini.

Ketebalan 4 Inci Sulaman Kerawang Pada Lengan Baju.

Rekaan Kurung Malaysia Bersulam.

Sulaman kerawang pada kali ini hanya dihasilkan pada bahagian lengan baju sahaja iaitu setinggi 4 inci. 4 inci antara ketebalan yang digemari oleh pelanggan kami kerana ia tidak terlampau tebal dan juga tidak terlampau nipis. Sederhana dan terletak cantik pada tangan baju setelah disulamkan.

Sulur Membentuk Paku Pakis Yang Bergerigi.

Motif Sulur Pada Kurung Malaysia.

Oleh kerana corak yang dihasilkan adalah simple, maka sulur amat penting dalam menjadikan hasil sulaman ini lebih cantik dan elegan. Justeru, sulur yang digunakan pada kali ini adalah sulur paku pakis. Hal ini kerana, sulur paku pakis yang dihasilkan sedikit bergerigi dan bergulung-gulung sepertimana sifat paku pakis itu sendiri.

Motif Daun Lebar dan Bergerigi

Motif Corak Daun Pada Kurung Malaysia.

Manakala, motif daun yang dipadankan dengan motif sulaman bunga pecah lima ini adalah daun-daun yang lebar dan bergerigi. Dengan ini, kombinasi kesemua elemen-elemen ini menjadikan hasil sulaman kerawang pada baju kurung Malaysia ini, nampak harmoni dan cantik.

Motif Kerawang Pagar Yang Tersusun Cantik.

Motif Kerawang Untuk Tempahan Sulam.

Kali ini, kerawang pagar yang membentuk seperti 4 segi dihasilkan di celahan motif sulaman bunga pecah lima ini. Oleh kerana celahan motif ini dipenuhi dengan kerawang yang tersusun seperti bentuk 4 segi yang kemas dan cantik, ia berjaya menyerlahkan kombinasi motif kerawang dan sulam pada baju kurung Malaysia ini.

Pemilihan Warna Sulam Yang Senada Dengan Fabrik Baju.

Penggunaan Warna Benang Sulam Senada.

Selain itu, dari segi pemilihan warna sulamnya pula, pemilihan warna senada dengan warna fabrik telah digunakan. Cuma gaya pengolahan warna terebut berbeza agar sulaman yang dihasilkan nampak timbul dan menarik.

Teknik Sulam Ayak Yang Digunakan.

Teknik Menyulam Ayak.

Dari segi Teknik sulaman ayak yang digunakan pula, kami menggunakan teknik sulam padu satin dengan bukaan zig zag. Manakala design serat pada sulaman pula menggunakan teknik layangan. Dengan ini, hasil sulaman akan nampak nipis sedikit berbanding dengan teknik sulam padu cincang yang dihasilkan sepenuhnya.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Kurung Malaysia Dari Shah Alam, Selangor.

Jadi, hasil tempahan sulaman kerawang pada kali ini, amat diminati oleh pelanggan dari Shah Alam, Selangor ini. Di mana, beliau inginkan rekaan yang simple, sulaman yang nipis dan senada warnanya agar lebih menampakkan kesederhanaan dalam pemakaian beliau.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Malaysia.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Malaysia.

Baju Kurung Malaysia Bersulam Kerawang Motif Bunga Pecah Lima Dengan Kerawang Pagar.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Sulaman Kerawang Motif Bunga Pecah Lima dengan Kerawang Pagar Pada Baju Kurung Malaysia yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Shah Alam, Selangor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga pecah lima pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Sulaman Kerawang Motif Bunga Pecah Lima dengan Kerawang Pagar Pada Baju Kurung Malaysia yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461