Sulaman Kerawang Baju Kurung Moden Pendek Motif Melur Cina Dengan Kerawang Sarang Tebuan.
Baju Kurung Moden Pendek.
Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang baju kurung moden pendek motif melur cina dengan kerawang sarang tebuan untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Pulau Pinang.
Design Sulaman Kerawang Baju Kurung Moden Pendek.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden Pendek.
Pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada baju kurung moden pendek milik pelanggan dari Pulau Pinang. Motif corak sulaman kali ini adalah motif melur cina yang juga dikenali dengan nama bunga gardenia. Motif sulam flora ini disulam di hujung tangan dan keliling labuh baju ini.
Tempahan Sulam Mengikuti Citarasa Pelanggan.
Tempahan Sulaman Eksklusif.
Atas permintaan pelanggan kali ini, sulaman yang dihasilkan di hujung tangan dan keliling labuh baju adalah setinggi 4 inci. Manakala motif kerawangnya pula adalah kerawang sarang tebuan.
Motif Sulam Bunga Melur Cina atau Gardenia.
Motif Sulam Flora.
Oleh kerana pelanggan mahukan design sulam flora ini nampak manis dan tidak terlampau sarat, maka corak sulam bunga melur cina ini dihasilkan dengan saiz yang sederhana sahaja. Ia bersesuaian dengan baju kurung moden pendek ini. Sekiranya motif sulam bunga ini dihasilkan besar, maka ia akan nampak terlalu sarat atau hasilnya akan melingkupi separuh baju ini.
Olahan Corak Sulaman Dihasilkan Melintang dan Secara Pengulangan.
Reka Bentuk Sulaman.
Hal ini disebabkan corak sulaman pada kali ini dihasilkan penuh secara melintang dan ia dibuat secara pengulangan motif. Dengan ini, terhasillah motif sulaman kerawang yang dilihat seperti sulam border. Sebab itulah jika sulamannya dihasilkan tebal, melebihi 6 inci ke atas, ia akan nampak padat kerana separuh baju kurung moden pendek ini akan dipenuhi dengan corak sulaman kerawang sahaja.
Corak Sulam Setebal 4 Inci.
Ketebalan Corak Sulaman.
Oleh itu, ketebalan 4 inci adalah ketebalan yang paling sesuai dengan gaya sulaman yang diinginkan oleh pelanggan dari Pulau Pinang ini. Iaitu hasil sulaman yang nampak manis dipandang dan tidak terlalu sarat.
Sulur Seperti Pucuk.
Corak Sulur Sulam.
Selain itu juga, sulur pada baju kurung moden pendek ini juga memainkan peranan dalam mengimbangi design kali ini. Sulur yang dihasilkan telah berjaya menggabung jalinkan corak pada motif sulaman kerawang. Kali ini, corak sulur yang dihasilkan adalah seperti pucuk sahaja. Ia tidak terlalu melingkar seperti awan larat ataupun sulur kekacang.
Sulur Mengelilingi Jambangan Motif Bunga Sulam.
Tempahan Sulam Kerawang Dari Pulau Pinang.
Pucuk-pucuk sulur ini dihasilkan banyak mengelilingi jambangan motif bunga melur cina atau bunga gardenia ini. Seterusnya, apabila motif bunga melur cina digabungkan antara satu sama lain dengan pergerakan tinggi dan rendah, maka terhasillah corak penuh motif sulaman bunga melur cina ini. Anda juga boleh melihat tempahan sulam baju kurung moden corak bunga seri pagi dan kesidang dan tempahan sulam baju kurung moden bunga sakura dan maganolia kami yang lepas.
Peri Pentingya Motif Kerawang.
Corak Kerawang.
Untuk pengetahuan semua, dalam sulaman sulaman kerawang, corak atau motif kerawang itu sendiri memainkan peranan yang penting. Ini kerana, aneka kerawang yang cantik, kemas dan tersusun akan menjadikan sulaman kerawang tersebut lebih nampak eksklusif.
Kerawang Sarang Tebuan Menghiasi Rekaan Baju.
Corak Kerawang Baju Kurung Moden Pendek.
Maka, kali ini, kerawang yang dihasilkan adalah kerawang sarang tebuan. Jelas, dapat dilihat pada baju kurung moden pendek ini, kerawang sarang tebuan sangat menarik seperti susunan hexagon yang cantik dan sekata antara satu dengan yang lain. Ia menjadikan hasil sulaman kerawang pada kali ini lebih kemas dan sangat menarik.
Gabungan Warna Terang Selaras Dengan Corak Kain Baju.
Pemilihan Warna Benang Sulam.
Oleh kerana busana kurung moden pendek ini berwarna polos, kain yang dipadankan adalah bercorak. Sebab itulah, warna yang digunakan adalah warna-warna yang terdapat pada kain tersebut. Hal ini kerana agar ia nampak sedondon dan eksklusif apabila dipakai oleh pemiliknya. Gabungan warna terang seperti shocking pink telah digunakan selaras dengan warna yang ada pada kain. Malah, ia turut digabungkan dengan warna-warna lembut seperti hijau muda dan krim. Ia Berjaya menjadikan gabungan warna yang harmoni pada keseluruhan corak sulaman kerawang ini.
Teknik Sulam Cincang dan Layangan Digunakan.
Teknik Menyulam Ayak.
Bukan setakat warna, teknik sulaman juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan sesuatu corak sulaman kerawang yang cantik. Pada kali ini, teknik cincang dan layangan banyak digunakan berbanding dengan bukaan zig zag. Dengan ini, ia akan nampak lebih klasik dan cantik apabila mata memandangnya.
Peri Penting Peranan Seseorang Penyulam.
Tempahan Baju Kurung Moden Pendek Bersulam.
Justeru, setiap elemen yang digunapakai dalam menghasilkan corak sulaman bunga melur cina ini memainkan peranan dalam menghasilkan sulaman yang cantik, menarik dan sesuai dengan citarasa pelanggan dari Pulau Pinang ini. Oleh itu, peranan penyulam pada sesuatu design amat penting dalam menghasilkan sesautu corak sulam yang memenuhi citarasa pelanggan. Ini kerana kepuasan pelanggan adalah satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan oleh setiap penyulam. Kerana karya keratif mereka dihargai oleh pelanggan yang menempah.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Baju Sulam Dari Pulau Pinang.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Sulaman Kerawang Baju Kurung Moden Pendek Motif Melur Cina Dengan Kerawang Sarang Tebuan.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden Pendek Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar Sulaman Kerawang Baju Kurung Moden Pendek Motif Melur Cina Dengan Kerawang Sarang Tebuan yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini yang berasal dari Pulau Pinang. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam terkini baju kurung moden pendek kami pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Sulaman Kerawang Baju Kurung Moden Pendek Motif Melur Cina Dengan Kerawang Sarang Tebuan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461