Baju Kurung Kedah Bersulam Kerawang Motif Bunga Carnation.

Tempahan Sulam Baju Kurung Kedah Fabrik Thai Silk

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung kedah fabrik thai silk untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini yang berasal dari Cyberjaya.

Sulaman Kerawang Motif Bunga Carnation dengan Kerawang Cakar Ayam

Sulaman Kerawang Busana Kurung Kedah.

Tempahan Kurung Kedah Bersulam Cyberjaya.

Baju kurung kedah kini amat diminati oleh wanita pada masa kini. Hal ini kerana bajunya yang pendek dan dipadan dengan sarung batik menampakkan keayuan kepada si pemakai lebih sopan dan klasik. Ya pada kali ini sulaman kerawang dihasilkan pada baju kurung kedah milik pelanggan dari Cyberjaya.

Kesesuaian Fabrik Thai Silk Dalam Menghasilkan Rekaan Sulam Kerawang.

Rekaan Sulam Pada Fabrik Thai Silk.

Fabrik yang digunakan adalah fabrik thai silk yang cantik apabila dihasilkan sulaman kerawang padanya. Ia akan nampak terletak dan juga kemas pada fabrik thai silk ini. Oleh itu, tidak hairanlah fabrik thai silk ini menjadi fabrik yang diminati apabila busana kurung kedah tersebut ingin disulam kerawang.

Motif Sulam Bunga Carnation Pada Baju Kurung Kedah.

Motif Sulam Flora.

Pada kali ini, motif atau corak sulaman kerawang baju kurung kedah ini ialah motif bunga carnation. Bunga carnation ini juga dikenali sebagai bunga teluki. Motif ini mempunyai banyak lapisan kelopak bunga yang menjadikan motif carnation ini lebih cantik apabila disulam.

Ketebalan Sulam Kerawang Setinggi 3 Inci.

Ketebalan Sulaman Kerawang.

Ya, pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan setinggi 3 inci. Ketebalan ini bersifat sederhana yang sesuai dipakai dalam apa jua majlis formal ataupun tidak formal.

Corak Sulam Dihasilkan Secara Berulangan.

Motif Corak Sulam Berulangan.

Oleh sebab sulaman kerawang ini berbentuk mendatar iaitu sama tebal pada semua bahagian sulaman, maka corak sulur yang dihasilkan juga mendatar iaitu hanya menyambungkan motif bunga dengan motif bunga yang lain. Ia dihasilkan secara berulangan di bahagian tangan dan juga di bahagian bawah baju.

Motif Kerawang Cakar Ayam Menjadi Pilihan.

Motif Sulam Kerawang Pilihan.

Motif sulaman kali ini lebih klasik kerana konsepnya ialah tradisi iaitu dihasilkan kerawang pada bahagian bawah motif sulam bunga. Justeru kerawang tradisi turut menjadi pilihan iaitu kerawang cakar ayam. Ia dihasilkan pada keseluruhan bahagian bawah sulaman bunga carnation ini.

Motif Kerawang Tradisi Pada Busana Kurung Kedah.

Kerawang Cakar Ayam.

Selain daripada corak sulurnya yang sekata dan berulang-ulang, corak kerawang yang dihasilkan juga menggunakan motif kerawang tradisi. Kali ini corak kerawangnya adalah kerawang cakar ayam. Kerawang cakar ayam ini adalah salah satu daripada kerawang tradisi yang selalu dihasilkan pada busana tradisi pada zaman dahulu.

Pemilihan Warna Sedondon Dengan Kurung Kedah.

Pemilihan Warna Benang Sulam.

Dalam pemilihan warna benang sulamnya pula, ia diilhamkan dengan warna yang sedia ada pada bahagian kain baju kurung kedah ini. Hal ini kerana, baju kurung kedah ini dipadankan dengan kain yang bercorak. Oleh yang demikian, warna benang yang digunakan adalah sedondon dengan warna kain agar hasil sulaman yang dihasilkan nampak cantik dan harmoni.

Menggunakan Teknik Bukaan Zig Zag dan Satin.

Teknik Sulam Ayak Goyang.

Teknik yang digunakan dalam menghasilkan rekaan sulaman kerawang baju kurung kedah ini ialah teknik bukaan zig zag ataupun satin agar ia nampak lebih timbul. Walaupun kelopak carnation berlapis-lapis, ia nampak cantik dan timbul pada keseluruhan design sulaman kerawang kali ini.

Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.

Sedap Mata Memandang.

Jadi, gabungan motif, warna, jenis kerawang dan ketebalan sulam dalam satu-satu busana memainkan peranan yang penting agar sulaman yang dihasilkan tidaklah nampak terlampau berat oleh si pemakai. Biarlah dengan kemewahan sulaman yang dihasilkan, si pemakai tetap nampak manis dan tidak puas mata yang memandangnya.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Kurung Kedah Dari Cyberjaya.

Jadi, sulaman kerawang motif bunga carnation ini telah menjadikan busana kurung kedah ini cantik dan menambat hati pelanggan dari Cyberjaya ini.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Kedah.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Kedah.

Baju Kurung Kedah Bersulam Kerawang Motif Bunga Carnation.

Itulah sajian foto bergambar Design Sulaman Kerawang Motif Bunga Carnation dengan Kerawang Cakar Ayam pada Baju Kurung Kedah Fabrik Thai Silk yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Cyberjaya pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga carnation pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Sulaman Kerawang Motif Bunga Carnation dengan Kerawang Cakar Ayam pada Baju Kurung Kedah Fabrik Thai Silk yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461