Project Description

Tempahan Sulaman Kerawang Kurung Moden Motif Jasmine & Ros Liar dengan Kerawang Air Mata dan Buih Kecil.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden Terkini.

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang baju kurung moden dengan kerawang air mata dan buih kecil untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Singapura.

Tempahan Sulaman Kerawang Kurung Moden Motif Jasmine & Ros Liar
Follow Us On Instagram

Tempahan Sulaman Kerawang Kurung Moden.

Tempahan Sulam Kerawang Kurung Moden Terkini.

Sulaman Kerawang pada kali ini dihasilkan pada baju kurung moden untuk tempahan pelanggan kami dari Singapura. Design sulaman kerawang ini adalah hasil permintaan pelanggan kami yang mahukan kami menyulam kerawang pada pergelangan tangan dan keliling bawah baju kurung modennya.

Design Sulam Kerawang Setebal 10 Inci.

Ketebalan Saiz Sulam.

Atas permintaan pelanggan, design sulaman kerawang kali ini dibuat setebal 10 inci pada pergelangan tangan dan keliling bawah baju. Bagi memenuhi permintaan pelanggan, maka motif bunga jasmin dan ros liar ditampilkan untuk design sulam ini. Kedua-dua motif bunga ini dilihat mempunyai banyak kelopak.

Motif Sulam Bunga Jasmin dan Ros Liar.

Motif Flora Sulaman

Walau bagaimanapun, kelopak bunga jasmin lebih kecil disulam dan kurang daripada kuntuman ros liar. Namun, dengan sekali imbas, ia akan nampak lebih kurang sama antara kedua-dua motif ini. Bagi mereka yang arif sahaja yang dapat mengecam dengan jelas kedua-dua motif bunga yang terdapat pada sulaman kerawang baju kurung moden ini.

Rekaan Sulam Berbentuk 3 Segi.

Bentuk Rekaan Sulaman Baju Kurung Moden.

Walaupun ketebalan sulaman kerawang ini tinggi iaitu 10 inci, atau lebih daripada sejengkal, namun, ia nampak cantik dam manis. Ini ekoran daripada rekaan bentuknya dibuat dalam bentuk 3 segi iaitu bentuk pucuk rebung. Bentuk 3 segi ini, akan menampakkan hasil sulaman kerawang ini lebih tirus. Bentuk sebegini dihasilkan secara kecil-kecilan setinggi 10 inci seperti yang diingini oleh pelanggan.

Batang, Akar Banir dan Pucuk Bunga Digabungkan Menjadi Sulur.

Corak Sulur Tempahan Baju Kurung Moden.

Dalam mencorakkan sulur pada design sulaman kerawang baju kurung moden kali ini, batang-batang motif jasmin dan ros liar dibentuk seperti akar banir yang membentuk ke atas. Ia disulam dengan pucuk-pucuk serta kudup-kudup bunga ros liar yang mewarnai motif sulaman kerawang kali ini. Hal ini dilihat bagaimana pada bahagian pucuk digantikan dengan kudup-kudup ros liar.

Gabungan Motif Kerawang Air Mata dan Buih Kecil.

2 Jenis Motif Kerawang.

Selain daripada motif sulaman, corak kerawang juga dapat menjadikan sulaman kerawang lebih unik. Pada kali ini, kerawang air mata dan buih-buih kecil digabungkan menjadi kerawang yang menghiasi baju kurung moden ini. Hal ini dapat dilihat di celahan motif sulaman bunga jasmin dan ros liar. Kerawang buih kecil ini dihasilkan mengelilingi kerawang air mata yang dibuat secara berulang-ulang, menjadikan corak kerawang ini lebih cantik.

Pemiihan Warna Untuk Latar Fabrik Berwarna Oren.

Warna Latar Fabrik Baju Kurung Moden.

Oleh kerana latar fabrik baju kurung moden ini berwarna oren, ia sebenarnya agak sukar dalam pemilihan warna. Ini kerana, pemilihan warna yang salah, akan mengakibatkan design sulaman kerawang ini tenggelam. Malah, jika ia berlebihan, pastinya hasil coraknya akan nampak canggung dan tidak sesuai dipakai oleh pelanggan. Anda juga boleh melihat hasil sulam kami pada fabrik tenun.

Penggunaan Warna Triadic Yang Kontra.

Warna Benang Sulam.

Untuk itu, kami tampilkan pemilihan warna triadic yang sedikit kontra dengan menonjolkan warna biru sebagai warna dominan untuk motif sulaman bunga jasmin dan ros liar ini. Ia satu cubaan yang berani kerana penggunaan warna triadic ini amat berisiko berbanding dengan penggunaan warna-warna yang senada ataupun warna sub-complimentary. Walau bagaimanapun, penggunaan warna triadic adalah satu pilihan yang tepat untuk busana kurung moden berlatarkan warna oren ini.

Teknik Sulaman Ayak Yang Digunapakai.

Teknik Menyulam Baju Kurung Moden.

Selain itu, teknik sulaman yang tepat memainkan peranan penting dalam menghasilkan sulaman kerawang yang diminati. Teknik zig zag yang dibuat pada keseluruhan border sulaman kerawang, telah menjadikan ia seakan-akan menggunakan mempulur pada setiap motif. Timbul dan nampak hidup pada keseluruhan motif sulaman kerawang. Bahagian daun yang bergerigi juga menyamai daun bunga ros liar yang sedikir bergerigi. Dengan ini, penggunaan teknik zig zag pada kesleurhannya, menyebabkan sulaman kerawang pada busana kurung moden ini nampak eksklusif.