Apabila melihat mama mengayakan tudung 3 layer sewaktu hari ibu tempoh hari, terdetik dalam hati saya alangkah ekslusifnya jika ia ditambahkan dengan aksesori sulaman. Jika sulaman manik dipraktikkan ia akan nampak seperti biasa saja, tapi jika sulaman benang ditambahkan pastinya ia akan lebih menarik.

Ya! Tiada lagi ia dalam pasaran jika ditambahkan di bahagian awning dan disulam pada setiap hujung iaitu pada setiap lapis tudung tersebut. Corak sulaman benang yang kecil dan gayanya yang comel-comel saja pastinya akan menarik perhatian bagi sesiapa yang memakainya.

Aura Sulaman Benang Yang Tersendiri

Ini kerana sulaman benang mempunyai auranya yang tersendiri. Jika dihasilkan pada fabrik sifon yang dijahit bertingkat-tingkat, pastinya ia akan membawa seribu kelainan pada si pemakai.

Itulah yang dapat saya bayangkan apabila melihat tudung yang dipakai mama polos tanpa sebarang assesori. Walaupun mama seorang yang simple tapi jika sekali-sekala dipakaikan tudung yang mewah pastinya akan menampakkan wajah mama lebih elegan. Malah sulaman benang tadi boleh ditambahkan dengan biji-biji kristal yang bersinar untuk menampakkan lagi sulaman benang agar dapat dengan wajah yang baru.

Seni Sulaman Benang Rekaan Bunga Ros

Seni sulaman benang ini lebih kepada rekaan bunga-bungaan terutamanya bunga ros yang mempunyai kelopak yang banyak. Begitupun jika tidak kena dengan corak sulamannya pastinya ia nampak biasa saja dan tidak lagi nampak ekslusifnya sulaman benang itu.

Selain itu, penggunaan benang yang mempnyai tiga atau empat warna lagi menarik kerana apabila dihasilkan ia nampak natural seperti bunga yang hidup. Setiap lapisan dapat dihasilkan campuran warna yang cantik walaupun hanya menggunakan selembar benang sahaja. Itulah sulaman benang yang memang dapat dihasilkan dengan pelbagai bentuk dan rupa asalkan ia dipraktiskan secara kreatif.

Ikhlas,

Syahida Ramli,
Pengasas Butik dan Akademi Sri Classic