Kemahiran jahitan langsir merupakan satu kemahiran yang mampu menjana pendapat yang agak lumayan untuk diri anda. Jika anda mengeluh dengan kos sara hidup yang tinggi dan anda tidak mempunyai apa-apa langsung kemahiran kerja tangan bagi mendapatkan pendapatan sampingan, maka saya syorkan agar anda mempelajari kemahiran jahitan langsir ini.

 

Namun, kekangan masa untuk mengikuti bengkel kemahiran jahitan langsir ini membuatkan ramai individu yang hanya menempah sahaja langsir walaupun dalam waktu yang sama mengetahui harga tempahan langsir ini adalah mahal. Tak kurang juga yang nekad untuk mempelajari kemahiran jahitan langsir ini supaya dapat menghasilkan langsir buatan sendiri. Jadi, apa kata pada tahun ini, anda ubah perspektif dari mempelajarinya untuk kegunaan sendiri, anda mula menerima tempahan langsir sekali.

 

Cara Memilih dan Mengikuti Bengkel Kemahiran Jahitan Langsir.

 

Kemahiran Jahitan Langsir Sri ClassicJika anda masih baru dalam dunia jahitan langsir ini, anda perlulah mengikuti bengkel kemahiran jahitan langsir terlebih dahulu. Ini kerana jika anda berhasrat untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan, ia tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakannya. Namun, jika anda tersalah langkah, pastinya anda akan mengalami kerugian yang besar. Mengapa saya berkata demikian? Ini kerana, ada sesetengah pakej bengkel kemahiran jahitan langsir ini disediakan dengan belian mesin, manakala ada sesetengahnya pula hanya mengajar anda terus menggunakan mesin jahit industri.

 

 3 Perkara Sebelum Mengikuti Bengkel Kemahiran Jahitan Langsir.

 

Jadi, anda perlu berhati-hati agar ia tidak merugikan anda. Malah, dengan kerugian yang ditanggung ini, pastinya ia akan membantutkan semangat anda untuk mempelajari kemahiran jahitan langsir ini. Namun begitu, anda perlu mengkaji terlebih dahulu dan membeza-bezakan harga dan kualiti pembelajaran yang bakal anda ikuti, agar pelaburan yang anda lakukan ini membawa keuntungan kepada anda pada kemudian hari.

 

Antara perkara yang perlu anda perhatikan adalah:-

 

1. Harga dan Pattern Langsir Yang Diajar.

 

Harga yang ditawarkan mestilah berbaloi dengan pattern langsir yang bakal anda pelajari. Antara persoalan yang perlu anda Tanya dan pastikan adalah:-

 

  • Adakah ia sekadar pattern langsir biasa?
  • Adakah anda akan diajar pattern langsir moden?
  • Adakah anda akan diajar dengan pattern yang hot dipasaran?
  • Bagaimana dengan harga tempahan pattern yang anda pelajari? Berbaloi atau tidak?
  • Adakah pattern langsir yang anda pelajari boleh dikembangkan? Atau pattern langsir tersebut mati di situ sahaja.

 

Jadi, persoalan-persoalan di atas perlulah ditanya dan dipastikan jawapannya sebagai panduan kepada anda.

 

2.Pengendalian Kelas Dalam Kumpulan Kecil.

 

Anda juga perlu memastikan kelas kemahiran jahitan langsir yang diikuti akan dikendalikan dalam kumpulan yang kecil. Antara persoalan yang perlu ditanya ialah:-

 

  • Berapakah jumlah peserta dalam satu-satu masa? Kurang dari 5 orang? Atau lebih dari 5 orang?
  • Adakah setiap peserta diberikan mesin untuk dikendalikan setiap seorang? Atau mesin jahit dikongsi hingga 3 orang?
  • Bolehkah peserta membawa, belajar dan sekaligus menggunakan mesin jahit sendiri? Jika tidak boleh mengapa? Sedangkan anda akan menggunakan mesin jahit anda apabila berada di rumah. Mungkin konsepnya sama, tetapi fungsi mesin anda mungkin berbeza.

 

Adapun pertanyaan tentang pengendalian kelas dalam kumpulan kecil ini adalah bertujuan memberikan peluang kepada anda untuk bertanya, lebih fokus dan dapat dipantau oleh pengajar secara lebih terperinci.

 

3. Rundingan Selepas Bengkel.

 

Perkara ini adalah perkara yang perlu anda tanya dan pastikan sebelum mengikuti bengkel kemahiran jahitan langsir ini. Antara perkara yang perlu ditanya adalah:-

 

  • Bolehkah saya mendapatkan khidmat rundingan selepas bengkel? Percuma atau berbayar?
  • Bolehkah saya bertanya tentang apa jua perkara berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari selepas bengkel? Percuma atau berbayar?
  • Bolehkah saya mendapatkan buah fikiran dan idea daripada pengajar sekiranya saya stuck ketika ingin mengemukakan idea tentang pattern langsir kepada pelanggan saya? Percuma atau berbayar?
  • Adakah saya boleh menghubungi bila-bila masa, tanpa had, secara sms atau telefon?
  • Ini kerana rundingan selepas bengkel ini penting, bagi memastikan anda mendapat bantuan dan tunjuk ajar sekiranya anda terlupa pada mana-mana kaedah yang diajarkan dahulu.

 

Hal ini sangat penting terutamanya bagi anda yang baru berjinak-jinak untuk mempelajari kemahiran jahitan langsir ini. Sama ada perkhidmatan rundingan selepas bengkel tersebut adalah percuma atau berbayar, ia bergantung kepada pengajar anda. Yang pentingnya, pertanyaan anda akan dilayan seperti biasa oleh pengajar anda.

 

Jadikan Kemahiran Jahitan Langsir Sebagai Sumber Pendapatan Anda.

 

Jadi, jika anda ingin jadikan kemahiran jahitan langsir ini sebagai sumber pendapatan anda pada tahun ini, maka anda perlu mengkaji terlebih dahulu mana-mana bengkel kemahiran jahitan langsir yang bakal anda ikuti, dan pastikan pilihan anda adalah pilihan yang terbaik dan tepat untuk matlamat diri anda.