Fesyen kain langsir terkini tidak lagi sepertimana dahulu. Jika dahulu, fesyen kain langsir ini tidak dititik beratkan. Tetapi kini, ia menjadi satu trend untuk setiap kediaman rumah. Semakin hari, trend langsir ini menjadi ikutan terutamanya bagi generasi baru.
Aneka Tema Kediaman Untuk Fesyen Kain Langsir Terkini.
Terdapat pelbagai konsep dan tema kediaman yang menarik minat pelanggan. Tema-tema seperti Frozen, Barbie, Disneyland, Bali, Inggeris, Timur Tengah, Monggul dan sebagainya menjadi tema kediaman yang sering menjadi pilihan masa kini. Rentetan daripada itulah, kain langsir yang ditempah perlulah bersesuaian dengan tema dekorasi dalaman rumah tersebut. Ia seakan-akan tidak dapat dipisahkan lagi ibarat isi dengan kulit.
Fesyen Kain Langsir Terkini Dengan Tema Bali.
Sebagai contohnya, jika tema bali diambil, maka fesyen kain langsir terkini yang diminati adalah eyelet. Ini kerana konsep bali banyak menggunakan rekaan seperti buluh dan rotan. Jadi, biasanya langsir yang sesuai digunakan akan mengguna pakai rod kayu yang bulat. Untuk keseimbangan ataupun kesesuaian dengan rod kayu tersebut, maka fesyen kain langsir eyelet adalah amat sesuai dengan rod dan konsep bali ini. Walaupun begitu, fesyen eyelet ini boleh digabungkan dengan rambu-ramba yang panjang yang dihasilkan bersama-sama eyelet ini. Ini boleh kelihatan seperti buluh-buluh yang dicincang kecil bersama-sama dengan fesyen langsir eyelet ini.
Fesyen Kain Langsir Terkini Dengan Tema Timur Tengah.
Begitu juga dengan konsep timur tengah yang banyak menggunakan warna maroon, coklat gelap dan juga warna emas. Penggunaan kristal-kristal yang dijadikan aksesori pada setiap rekaan kening langsir, akan menampakkan lagi gaya Arabic yang mewah. Corak rekaan yang beralun seperti scallop dan butterfly juga amat cocok dengan gaya timur tengah kediaman pilihan anda. Malah, ia juga dapat dimodenkan dengan pertindihan langsir scallop.
Pertindihan Scallop Dengan Aksesori Kristal Pada Langsir.
Pertindihan scallop dengan aksesori yang ditambah dengan Kristal akan menyerikan lagi kediaman yang berkonsepkan timur tengah ini. Ia nampak begitu mewah apatah lagi jika langsir itu dijahit sendiri oleh anda. Pastinya anda akan berpuas hati dengan hasil tangan anda sendiri yang mengagumkan apabila dipandang mata.
Sebab itulah, nilai untuk menghiasi kediaman rumah anda kini lebih dipengaruhi oleh konsep yang diketengahkan. Ia turut dipengaruhi dengan keindahan fesyen kain langsir terkini yang memenuhi tema konsep kediaman anda.