Baju Kebaya Pengantin Sulam Bunga Songket.

Berikut adalah hasil rekaan sulam baju kebaya pengantin corak bunga songket dengan kerawang buih untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Corak Sulam Baju Kebaya Pengantin Bunga Songket

Sulam Kerawang Untuk Baju Kebaya Moden.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Pengantin.

Masih lagi menghasilkan sulaman kerawang yang digunakan untuk majlis perkahwinan. Pada kali ini. Corak sulaman kerawang dihasilkan pada baju kebaya moden yang dipadankan dengan kain songket. Baju kebaya moden ini dapat dilihat pada bahagian tangannya kerana ia dihasilkan kembang berbentuk peplum walaupun pada bahagian lain ia nampak seakan-akan design kebaya tradisi.

Ilham Bunga Berdasarkan Bunga Songket Kainnya.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Pengantin.

Oleh kerana bajunya daripada fabrik polos, untuk menghasilkan sulaman kerawang pada baju kebaya pengantin ini, diilhamkan dengan mengambil motif bunga songket pada kainnya sebagai motif sulaman pada kali ini. Hal ini dilakukan agar ia nampak sedondon dengan kain songket yang dipadankan dengan kebaya moden ini.

Corak Sulam Bahagian Lidah Baju Kebaya Moden.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Pengantin.

Di bahagian lidah hadapan baju kebaya ini, sulam dihasilkan setebal 1.5 inci. Ia adalah ukuran standard lidah kebaya iaitu 1-2 inci. Di sini, 3 kuntum bunga-bungaan kecil dihasilkan dengan sehelai daun yang besar seperti motif daun keladi. Jadi, dalam motif daun keladi pula, dihasilkan dengan motif bunga padi agar ia memberi kelainan daripada hasil sulaman-sulaman kami sebelum ini. Hal ini diibaratkan daun-daun bertindih atau seperti konsep daun 2 dalam 1. Namun, ia selari dengan corak bunga songket yang mempunyai bunga penuh dan juga bentuk pucuk rebung.

Corak Sulam Pada Bahagian Peplum.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Pengantin.

Di bahagian tangan baju kebaya pengantin ini pula, dihasilkan sulam padanya di hujung peplum. Tanpa menghalang ruang jahitan peplum ini, ia dihasilkan setebal 2 inci sahaja. Ini kerana jika ia dihasilkan lebih 2 inci, ia akan mengubah struktur peplum itu sendiri. Sebab itulah, ia hanya dihasilkan 2 inci sahaja. Bentuk motifnya pula dihasilkan bebrbentuk pucuk rebung tetapi ia dihasilkan landau agar tidak menghalang jahitan peplum pada hujung tangan tersebut.

Motif Kerawang Buih Pelbagai Saiz.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Pengantin.

Di bahagian ini, dilihat motif bunga songket iaitu bunga asam batu dihasilkan. Ia ditambah dengan kerawang berbentuk buih. Namun, saiz kerawang buih ini dihasilkan bercampur-campur dengan saiz yang berbeza. Di mana terdapat saiz kerawang buih yang kecil dan besar dalam rekaannya.

Pemilihan Warna Benang Sulam.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Pengantin.

Dari segi pemilihan warna benang sulaman kerawang ini, secara dasarnya, ia tidak boleh lari daripada warna yang ada pada kain songket. Namun, faktor penggunaan benang yang berbeza memperlihatkan warna-warna yang digunakan adalah menarik dan tidak terlalu kontra dengan fabrik songket kainnya. Walaupun menggunakan warna yang sama, ia berjaya mencantikkan hasil corak sulaman kerawang pada kali ini.

Sulam Pada Bucu Hadapan Baju Kebaya.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Pengantin.

Selain itu juga, di bahagian bucu hadapan baju kebaya ini, jelas kelihatan sulaman kerawang yang dihasilkan. Motif songket tersebut diolah agar ia nampak lebih lembut dan berkerawang. Ini kerana motif songket kebiasaannya dilukis seperti bentuk geometri yang bersegi. Justeru, apabila motif songket ini dijadikan corak sulaman kerawang, ia nampak lebih cantik dan memberi kelainan pada corak sulam baju kebaya pengantin kali ini.

Sulam Baju Kebaya Pengantin.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Pengantin.

Justeru, tidak hairanlah jika ia sesuai untuk digayakan pada majlis perkahwinan yang tentunya satu majlis besar untuk seisi keluarga pengantin.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Pengantin.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada rekaan corak sulaman kerawang baju kebaya pengantin Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Sulam Baju Kebaya Pengantin Bunga Songket.

Corak Sulam Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar corak sulam baju kebaya pengantin bunga songket yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Untuk pengetahuan anda kami menyediakan aneka sulam baju kebaya pengantin untuk majlis persandingan, majlis nikah, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Jika anda berminat dengan corak sulam baju kebaya songket pengantin di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Untuk design baju pengantin sulam dengan benang putih sila layari koleksi corak sulaman kami. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Baju Kebaya Moden Sulam Bunga Songket

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461