Corak Sulam Kerawang Baju Kebaya Tradisional.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Tradisional.
Pada kali ini, rekaan sulaman kerawang dihasilkan pada baju kebaya tradisional yang menggunakan motif bunga keladi bunting dan pucuk inai. Sulaman kerawang dihasilkan pada baju kebaya tradisional dan juga pada bahagian hadapan belahan kain.
Corak Sulam Di Bahagian Lidah Baju Kebaya Tradisional.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Tradisional.
Baju kebaya tradisional ini mempunyai lidah yang lebar iaitu 2.5 inci. Oleh itu, lebaran sulam kerawang yang dihasilkan pada lidah baju kebaya tradisional ini setebal 2.5 inci pada satu-satu bahagian. Selain itu, ketebalan sulam di bahagian tangan adalah setebal atau setinggi 5.5 inci yang dihasilkansecara membukit iaitu berbentuk pucuk rebung.
Ketebalan Saiz Corak Sulaman.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Tradisional.
Sulam kerawang di bahagian hadapan baju pula dihasilkan setinggi 13 inci yang dibuat secara menyerong. Dengan ini, hasil sulaman di bahagian hadapan akan nampak penuh dan mewah. Hal ini ditambah dengan ketinggian sulaman kerawang pada belahan kain yang membentuk “L” iaitu setinggi 12.5 inci.
Motif Corak Sulam Baju Kebaya Tradisional.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Tradisional.
Motif sulaman pada kali ini menggabungkan 2 jenis bunga iaitu bunga keladi bunting dan juga putik inai di celahan bungaan tersebut. Ia ditambahkan dengan daun yang melebar seperti daun inai yang dihasilkan dalam saiz yang besar. Jika dilihat dengan teliti, motif bunga keladi bunting ini adalah motif yang terdapat pada fabrik tersebut. Namun, saiznya agak kecil dan dicetak secara padat. Justeru, ia menjadi ilham pada kami untuk menghasilkan sulaman kerawang motif bunga keladi agar ia sesuai dengan corak fabrik baju kebaya tradisional yang dijahit ini.
Motif Sulur Corak Sulam Baju Kebaya Tradisional.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Tradisional.
Jika diteliti dengan elok, tiada sulur yang melilit-lilit dihasilkan pada baju kebaya tradisional ini. Sebaliknya, ia diserikan dengan dahan-dahan lembut yang boleh dilihat pada lidah baju kebaya tradisional ini. Putik ini juga dijadikan pengganti bagi menyerikan lagi motif sulaman kerawang pada baju kebaya tradisional kali ini. Sebab itulah putik-putik inai ini dilihat berada di celahan bunga keladi bunting ini pada keseluruhan hasil sulaman kerawang ini.
Motif Kerawang Buih Besar & Kecil.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Tradisional.
Selain itu juga, jenis kerawang buih yang digabungkan saiz besar dan kecil dihasilkan untuk rekaan sulaman kerawang baju kebaya tradisional ini. Corak kerawang buih ini akan nampak lebih kemas lagi kerana susunan buih bersaiz besar kecil ini dihasilkan secara seragam. Ia diserikan lagi kerana dihasilkan di celahan motif sulaman.
Warna Benang Complimentary dan Senada.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Tradisional.
Pemiihan benang pula lebih kepada warna complimentary yang tampak senada tetapi menyerlah. Ini kerana warna yang terdapat pada fabrik digunakan dan dtimbah dengan warna coklat gelap dan juga kelabu gelap. Namun begitu, kombinasi warna complimentary ini nampak cantik dan menyerlah setelah digunakan untuk menghasilkan corak sulam kerawang baju kebaya tradisional kali ini.
Teknik Ayak Bukaan Zig Zag & Cincang.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Tradisional.
Bagi teknik sulaman ayaknya pula, teknik bukaan zig zag telah digunakan agar kuntuman bunga keladi bunting nampak lebih timbul. Ia ditambah pula dengan teknik cincang yang digunakan agar memberi kesan natural dalam penghasilan tona warna bunga sulam yang dihasilkan. Begitu juga dengan permukaan daun yang lebar menggunakan teknik bukaan zig zag. Daun tersebut ditambah seri dengan teknik bukaan zig zag kecil sebagai border daun. Urat-urat daun pula menggunakan teknik cincang yang nipis untuk menggambarkan urat-urat pada daun tersebut. Dengan ini, hasilnya akan nampak lebih natural dan timbul.
Hasil Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Tradisional.
Kesimpulannya, corak sulam kerawang baju kebaya tradisionall dengan motif bunga keladi bunting ini amat sesuai digayakan pada semua majlis. Ini kerana corak sulamannya nampak eksklusif dan senada. Sebab itulah ia sesuai digayakan pada bila-bila masa dan untuk apa jua majlis yang dihadiri. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Corak Sulam Baju Kebaya Tradisional.
Koleksi Sulam Baju Kebaya Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar corak sulam kerawang baju kebaya tradisional bunga keladi bunting dan pucuk inau yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman ayak kami pada kali ini.
Jika anda berminat dengan corak sulam baju kebaya tradisional di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461