Hari ini taburan batu-batu tampal dan batu-batu arqualate menjadi kesukaan para peminat setia sulam manik. Perkara ini berpunca kombinasi batu-batuan ini bakal menghasilkan gaya rekaan serta fesyen baju yang mewah dengan harga yang berpatutan untuk anda menghasilkannya.

Penggunaan Arqualate Dalam Corak rekaan Sulam Manik dan labuci Mendapat Sambutan.

Sekiranya sebelum ini, jahit manik dan labuci tidak banyak mengguna batuan arqualate ini disebabkan dikhuatiri ia tidak mendapat perhatian para penempah sulam manik. Akan tetapi, selepas percubaan pereka-pereka fesyen tanah air mula memperkenalkannya sekitar Oktober 2010, ia mula mendapat sambutan yang begitu bagus di kalangan pengumpul rekaan manik dan labuci terkini.

Dimensi Baru Dalam Gaya Jahit Manik Terkini.

Bermula dengan percampuran batu-batuan ini dalam hasil rekaan jahit manik dengan sekadar sepuluh peratus sahaja, namun sekarang, penggunaan batuan arqualate ini telah mula disulam ke dalam hasil rekaan sulam manik sehingga tujuh puluh peratus penggunaannya. Ia merupakan satu dimensi untuk para pereka fesyen memperkenalkan batuan arqualate ini di hati pengumpul sulam manik dan labuci.

Penggunaan Mutiara Menyerikan Hasil rekaan Sulam Manik.

Seterusnya, ia tidak terhenti kepada penggunaan arqualate secara total namun corak rekaan baju bersulam manik dikembangkan dengan penggunaan mutiara yang bermacam jenis saiz, bentuk dan warna.

Bagi saya, ia tercetus apabila melihat Butik Rafflesia dan Mandalay yang memperkenalkan mutiara-mutiara mewah bagi hiasan aksesorinya. Ternyata, langkah ini memberi impak positif dalam arus perkembangan dunia fesyen jahitan manik terkini.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Akademi Sulaman Sri Classic

Jom Ketahui Cara Jahitan Sulaman Manik Yang Betul dan Sempurna Bersama Kami!