Belajar menjahit manik amat mudah dipelajari oleh sesiapa sahaja jika mereka memenuhi beberapa syarat asas dalam belajar sulaman manik.

Minat, Rajin dan Guru Berkaliber Adalah 3 Syarat Dalam Belajar Menjahit Manik.

Di antara syarat-syaratnya ialah:-

1. Mempunyai minat dalam menjahit sulaman manik.
2. Rajin dalam melatih diri menghasilkan rekaan sulaman manik
3. Mempelajari daripada guru yang berkaliber.

 

Thumbnail Bengkel Manik TerkiniJika anda memenuhi pra syarat utama di atas, maka mudahlah untuk anda menguasai dengan betul segala modul atau teknik semasa belajar menjahit manik. Ini kerana jika kita lihat secara fizikalnya, material-material manik ini kecil dan boleh menyakitkan mata. Malah bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis ataupun tekanan darah tinggi, kerja menjahit manik ini kurang sesuai untuk mereka. Ini kerana, jika anda penghidap penyakit-penyakit tersebut, anda akan mudah mengalami sakit kepala sehingga boleh meloyakan tekak anda kerana lamanya memberi tumpuan dalam mempelajari menjahit manik ini. Saranan saya, jika anda berminat untuk mempelajarinya, maka hadirlah dalam kelas yang diadakan mengikut masa dan kelapangan anda. Juga pastikan kelas belajar manik tersebut dijalankan secara santai dan dalam kelompok yang kecil bagi mengurangkan stres. Maksud saya, bukannya diadakan dalam masa 8 jam sekali gus tanpa henti dari pagi hingga ke petang yang kebanyakannya diadakan di bengkel-bengkel manik masa kini. Jika tidak, minat untuk belajar menjahit manik anda akan terbantut dek lamanya tumpuan diberikan dengan pelbagai informasi dan maklumat.

 

Mempraktikkan Setiap Teknik Manik Ketika Proses Belajar Menjahit Manik.

 

Selain daripada belajar menjahit manik, anda juga perlu praktikkan setiap teknik sulaman manik yang diajar. Maksudnya, anda perlu olahkan dan hasilkan sendiri pada rekaan baju dan busana anda. Sebetulnya, anda tidak perlu menunggu untuk menjahit pada baju baru tetapi anda boleh terus mencubanya pada pakaian-pakaian yang sedia ada ataupun baju ahli keluarga terdekat anda. Ia bertujuan untuk memberi pengalaman kepada anda dalam menjahit sulaman manik dengan betul. Jika tidak, pastinya jahitan anda akan kekal sama seperti mana sebelum anda menghadiri bengkel belajar menjahit manik. Jika hal ini berlaku, ia akan merugikan anda kerana tiada pertambahan ilmu belajar menjahit manik ini yang anda kuasai.

 

Cari dan Belajar Menjahit Manik Dari Guru Yang Berpengalaman.

 

Thumbnail Belajar Menjahit Manik dan LabuciDan yang ketiganya ialah belajar daripada guru yang berpengalaman dan betul-betul ikhlas dalam mengajar anda segala teknik jahitan. Perkara ini amat penting dilihat dan dititik beratkan. Ini kerana jika anda mempelajari teknik jahitan manik yang betul, anda boleh menghasilkan karya rekaan yang hebat mengikut olahan dan cita rasa anda sendiri. Bukannya terikut ataupun terikat dengan hanya mampu menukar warna material manik semata-mata. Ia amat merugikan anda kerana anda telah mengeluarkan modal yang besar dalam mempelajari sulaman manik ini. Sebab itulah anda perlu mencari guru yang betul-betul berpengalaman supaya beliau dapat berko0ngsi rahsia dan ilmunya kepada anda sebaik mungkin. Dan pastinya bukan berguru pada guru yang hanya mengajar sedikit sahaja ilmu kepada anda dan menyimpannya dengan niat agar anda tidak boleh menandinginya dalam menghasilkan karya sulaman manik yang hebat.

 

Selamat mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic

Jom Belajar Menjahit Manik Bersama Kami!