Alhamdulillah. Bengkel hiasan bantal sulaman manik 3D anjuran RISDA pada 13-16 Mei 2013 bertempat di Hotel Naza Talyya, Melaka telah sempurna dikendalikan oleh pihak kami, Akademi Sri Classic. Kursus selama 4 hari 3 malam ini dikendalikan sepenuhnya oleh kami dengan dihadiri oleh lebih 29 orang peserta dari pelbagai negeri.

Klik Untuk Tonton Video

Bengkel-Hiasan-Bantal-Sulaman-Manik-3DBengkel hiasan bantal manik 3D ini menyediakan aneka teknik sulaman manik 3D seperti bunga manik jejari 3D, daun bata 3D, bunga mutiara 3D dan sebagainya. Dan di akhir kursus, kesemua 29 orang peserta telah berjaya menghabiskan design mereka berpandukan teknik yang diajar pada hiasan bantal. Jutaan, terima kasih kepada pihak penganjur, ibu Pejabat RISDA terutamanya Cik Faizah selaku pegawai pengiring sepanjang kursus yang memberikan komitmen 100% bersama pihak kami dan juga pihak peserta.

Kepada para peserta bengkel hiasan bantal sulaman manik 3D ini, kami mengharapkan agar anda semua memanfaatkan ilmu yang telah dicurahkan dan selamat maju jaya.

Ikhlas,

Puan Syahida bte Ramli,

Pengasas, Butik dan Akademi Sri Classic.