Sulaman manik, pada asasnya hanya memerlukan kreativiti serta ketekunan seseorang pereka dalam menghasilkan manik mereka. Hal ini kerana tiada pra syarat yang tertentu yang perlu ada pada seseorang individu dalam menghasilkan sulaman manik ini.

Mampukah Sulaman Manik Dipelajari Tanpa Asas Jahitan Sebelum Ini.

Thumbnail Belajar Manik Tanpa Asas JahitanAda yang bertanya kepada saya, mampukah mereka belajar sulaman manik ini sekiranya tidak pernah memegang sebatang jarum dan sehelai benang pun sebelumnya. Jawapan saya cukup mudah iaitu boleh.

Bagi saya, tiada yang mustahil jika mereka mempunyai minat yang mendalam terhadap seni sulaman manik ini. Cuma, mereka tidak boleh sekadar melihat ataupun mempelajarinya sekadar teori sahaja. Ia perlu dipraktikkan dan perlu merasakan sendiri pengalaman dari bermulanya proses memegang jarum sehinggalah ke proses mematikan benang di fabrik dalam setiap langkah sulaman manik ini.

Apakah Yang Lebih Penting Dalam Mempelajari Sulaman Manik : Corak Atau Teknik?

Namun, jika mereka hanya mempelajari corak rekaan manik dan tiada penekanan diberikan terhadap teknik-teknik sulaman manik itu sendiri, mereka akan ketinggalan jauh di belakang dalam mengejar trend dan fesyen terkini sulaman manik. Sebab itulah saya amat menyarankan kepada anda yang berada di luar sana, agar lebih memberikan penekanan terhadap teknik-teknik sulaman manik ini agar dapat mengasah kreativiti anda dalam berkarya.

Pilih dan Labur Secara Berhikmah Dalam Mempelajari Sulaman Manik.

Pilihlah yang terbaik untuk diri anda sendiri sebelum anda melabur untuk mempelajari kemahiran sulaman manik ni. Jangan tertipu dek tawaran-tawaran hebat sedangkan yang diajarkannya hanyalah design manik semata-semata yang hanya menukar jenis material dan manik tetapi bukannya diajar teknik-teknik yang berbeza.

Hal ini kerana sulaman manik mampu memberikan kepuasan kepada diri dan minat anda jika dikuasai sebaik mungkin sekali gus dapat menjana pendapatan anda sekeluarga.

Selamat mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Online Sri Classic

Jom Ketahui Cara Sulaman Manik Yang Betul dan Sempurna Bersama Kami!