Kali ini fesyen manik terkini menjadi pilihan penulis. Jika dahulu sekitar tahun 90-an, ramai yang gemarkan manik-manik halus dijahit secara padat pada busana. Kemudian, pada tahun 2000 sehingga 2010, perkembangannya amat ketara di mana, terdapat pelbagai bentuk dihasilkan pada satu-satu hasil jahitan manik dengan menggunakan manik bulat kecil, manik biji padi, labuci yang pelbagai bentuk, mutiara yang pelbagai saiz dan sebagainya. Kesemuanya dijahit menjadi sesuatu reakaan jahitan manik yang menarik.

 

Pada lewat 2011 hingga 2015, manik-manik ini dijahit secara padat di bahagian leher hadapan baju. Bermula dijahit pada keliling leher sahaja, kemudiannya dilebarkan ke bawah sebanyak 2 inci dan seterusnya dilabuhkan lagi sehingga ke paras bawah dada. Malah, sehingga kini, rekaan manik sebegini masih dikekalkan Cuma ia ditebalkan sehingga 1 ke 2 inci lebarnya. Barulah ia Nampak cantik dan elegan dengan hasil jahitan manik ini.

 

Aneka Nama Corak Rekaan Manik.

 

Corak Fesyen Manik Terkini Pada BusanaSelain itu,terdapat pelbagai nama corak yang diberi oleh pereka-pereka jahitan manik pada busana ini. Antaranya corak bunga tabur, manik crumble mumble, shimmering flora, manik diraja, manik bridal dan sebagainya. Ternyata manik-manik ini mempunyai gaya coraknya yang tersendiri. Malah, bagi mereka yang mengikuti perkembangan rekaan manik dari awal pastinya dapat mengetahui perbezaan-perbezaan yang jelas kelihatan antara corak-corak manik yang dinyatakan sebelum ini.

 

Corak Fesyen Manik Terkini Lebih Ringkas.

 

Walau bagaimanapun, bermula dari tahun 2016, di dapati satu fenomena yang baru telah dihasilkan pada rekaan manik ini. Di mana, coraknya adalah lebih ringkas berbanding dengan corak-corak sebelumnya. Ia lebih kepada penggunaan Kristal yang pelbagai bentuk. Malah, manik-manik yang menyerupai koleksi keronsang dan juga batu cincin dihasilkan.

 

Penggunaan Hotfix / Kristal Tampal.

 

Baju Fesyen Manik TerkiniSelain itu, penggunaan hotfix juga menjadi kegemaran para pereka diletakkan pada busana. Ia disusun cantik dengan pelbagai warna dan saiz menghiasi busana. Bukan setakat busana, malah hotfix juga diletakkan pada tudung-tudung dan juga selendang sebagai aksesori untuk mencantikkan lagi tudung-tudung dan selendang tersebut.

Kesannya, manik-manik rekaan baru pada hari ini, tidak lagi mempunyai lubang untuk dijahit. Pastinya anda terkejut mendegarnya. Namun, itulah reality di mana manik-manik terkini di pasaran hari ini, tidak lagi mempunyai lubang untuk dijahit. Ia hanya perlu dilekatkan pada busana menggunakan gam.

Seperti hotfix, ia boleh diseterika menggunakan ‘hotfix press machine’ atau seterika berwap khas supaya hotfix mudah lekat dan tahan lebih lama pada busana. Jika hotfix tidak dilekatkan dengan betul, ia mudah tertanggal dari busana dan sekaligus mencacatkan busana tersebut.

 

Cara Melekatkan Manik Menggunakan Gam Pada Fabrik.

 

Tempahan Busana Fesyen Manik TerkiniKini, bagi anda yang menggunakan gam untuk menampal manik pada busana, antara langkah yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:-

  • Anda perlu meletakkan gam di setiap permukaan belakang manik. Biasanya permukaan yang dimaksudkan itu bersifat licin.
  • Gam tersebut perlulah diletakkan betul di belakang permukaan manik. Jika gam terlebih, ia akan Nampak lebihan pada fabrik dan akan menyebabkan fabrik rosak terutamanya fabrik-fabrik lembut dan nipis.
  • Gunakan twiser sebagai alat untuk memegang manik-manaik tersebut.
  • Seterusnya, apabila gam telah diletakkan di bahagian belakang, manik dilekatkan pada fabrik dengan cermat supaya tiada lebihan gam yang terkeluar. Malah, anda perlu anginkan manik-manik yang dilekatkan tadi di tempat yang berangin seperti di bawah permukaan kipas.
  • Biarkan dalam tempoh 15 hingga 20 minit supaya gam tadi melekat dan kering dengan sempurna pada fabrik.
    Itulah caranya yang perlu anda lakukan, jika anda menggunakan gam untuk melekatkan manik-manik yang tiada lubang untuk dijahit.

Oleh sebab itulah, corak manik terkini pada hari ini lebih ringkas kerana penggunaan manik yang tiada lubang. Di sini menunjukkan perubahan fesyen manik terkini turut mengubah reka bentuk manik-manik agar ia tetap menjadi pilihan setiap wanita.