Sulaman kerawang menuntut minat yang mendalam serta kesabaran dalam menghasilkannya. Walaupun begitu, terdapat faktor yang mendorong anda untuk menghasilkan sulaman kerawang yang baik. Faktor yang dimaksudkan adalah mesin jahit yang digunakan untuk menyulam.

Mesin Sulam Industri Untuk Kegunaan Heavy Duty.

Mesin Industri Untuk Menyulam Secara Heavy DutyYa, dalam menghasilkan sulaman kerawang secara ‘heavy duty’, mesin sulaman manual industri biasanya digunakan. Antaranya ialah mesin jenama juki LZ271 dan Singer 20u. Inilah yang biasa digunakan dalam industri kerawang. Berdasarkan pengalaman penulis, hasil sulaman kerawang menggunakan mesin in amat cantik dan kemas. Bagi kebanyakan mesin sulam, semakin lama ia digunakan, kadang-kadang sulaman yang terhasil tidak memuaskan dek mesin sulam yang penas.

Namun, ia tidak menjadi masalah bagi penyulam yang menggunakan mesin Juki LZ271 ataupun Singer 20u. Semakin panas mesin tersebut, semakin cantik hasil sulamannya. Ia terbukti kerana ia direka untuk tujuan industri iaitu menghasilkan sulaman dalam kuantiti yang besar.

Penggunaan Mesin Jahit Untuk Menyulam.

Bagaimana pula dengan mesin jahit atau sulam yang lain? Adakah ia tidak boleh digunakan? Boleh. Akan tetapi ia perlu digunakan mengikut ketahanan lasak sesuatu mesin itu sendiri. Sebagai contohnya, mesin berkepala hitam manual ataupun dikenali sebagai mesin domsetik, samada berjenama Religh, Singer, Butterfly dan sebagainya. Kesemuanya boleh digunakan untuk menyulam. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, mesin-mesin jahit domestik ini lebih sesuai dihasilkan dengan menggunakan pergerakan kaki.

Mesin Jahit Domestik Untuk MenyulamHal ini kerana pengawalan pergerakan kaki dan juga tangan akan menjadi seimbang. Apabila pergerakan menjadi seimbang, ia akan menghasilkan hasil sulaman yang cantik. Hal ini kerana mesin domestik tidak mempunyai pedal peha seperti mesin sulam industri yang boleh mengawal lebaran zig-zag dengan mudah. Sedangkan dengan mesin domestik, ia perlu dihasilkan sendiri. Jika tekanan kaki tidak boleh dikawal dengan kelajuan motor mesin domestik (bagi mesin yang telah ditukar pedalnya dengan motor), keseimbangan pergerakan tangan dan kaki susah sedikit untuk dilakukan. Akhirnya, ia boleh menyebabkan benang sulam mudah putus dan lompatan yang menghasilkan zig-zag tidak akan menjadi.

Oleh sebab itulah, jika sulaman kerawang dihasilkan menggunakan mesin domsetik ini, ia lebih mudah dengan menggunakan pedal kaki daripada menggunakan motor. Walau bagaimanapun, sekiranya ia hanya digunakan untuk jahitan baju, maka ia perlu menggunakan motor untuk mempercepatkan pergerakan kaki.

Penggunaan Mesin Mudah Alih Untuk Menyulam.

Selain itu, mesin portable (kebiasaannya berwarna putih), juga boleh digunakan untuk menghasilkan sulaman kerawang walaupun ada yang tidak bersetuju dengan pandangan penulis. Hal ini kerana setelah membuat penyelidikan tentang mesin ini, ia lebih mudah didapati di mana-mana isi rumah berbanding dengan mesin jahit industri ataupun mesin domestik kerana mesin ini boleh disimpan dalam ruangan yang kecil. Ini kerana mesin sulam industri dan mesin jahit domsetik, biasanya akan mengambil sedikit ruang yang tidak boleh diubah dalam kediaman rumah anda. Itulah kekangan sekiranya anda membeli mesin dosmetik atau mesin jahit industri yang berkaki ini.

Cara Menyulam Kerawang Menggunakan Mesin Mudah Alih.

Mesin Jahit Mudah Alih Untuk MenyulamWalau bagaimanapun, mesin mudah alih ini juga boleh digunakan untuk menghasilkan sulaman kerawang. Namun ia perlu dihasilkan sekejap-sekejap ataupun berhenti-henti. Ini kerana mesin mudah alih ini tidak boleh beroperasi dalam tempoh yang panjang tanpa henti seperti mesin sulam industri dan mesin jahit domestik. Ini disebabkan mesin mudah alih ini tidak mempunyai ketahanan lasak.

Justeru, jika anda ingin menghasilkan sulaman kerawang menggunakan mesin mudah alih ini, ia perlu dihasilkan secara berhenti-henti. Antara mesin mudah alih yang pernah digunakan penulis untuk menyulam kerawang ialah Singer 2263, Singer 2282, Singer 1412, Sewlux MD 986, Innovis 950 Brother dan Jenome NS 311A. Apabila menggunakan mesin mudah alih untuk menghasilkan sulaman kerawang, anda perlu awas kerana setiap mesin ini akan memberi amaran berhenti dan perlu disambung kembali setelah mesin tersebut berehat.

Perihal Mesin Jahit Sewlux.

Bagi mesin Sewlux MD 986, amaran yang diberikan adalah benang atas dan benang bawah mesin akan menjadi tidak seimbang. Akibatnya benang sentiasa putus dan kadang-kala berbulu. Jika anda teruskan juga, mesin tersebut akan mula menjadi panas pada bahagian motornya dan benang akan bergumpal-gumpal di bahagian belakang sulaman nanti.

Perihal Mesin Innovis Brother.

Bagi mesin Innovis 950 Brother, jarum akan cepat patah akibat daripada kenaikan gigi jahitan yang tidak seragam. Malah, benang sulam mesin akan putus dan susah untuk menghasilkan sulaman.

Perihal Mesin Singer dan Jenome.

Selain itu, bagi mesin Singer dan Jenome, kedua-dua mesin jahit ini akan menjadi panas di bahagian motor dan juga di bahagian pedal kaki. Akibatnya, sulaman kerawang yang dihasilkan tidak lekat pada fabrik. Inilah antara situasi yang bakal anda lalui sekiranya menghasilkan sulaman kerawang dengan menggunakan mesin portable atau mesin mudah alih ini.

Oleh itu, anda perlu rehatkan mesin tersebut sehingga ia sejuk (bergantung kepada keadaan mesin itu sendiri, kadang-kala 15 minit, kadang-kala ½ jam dan lebih). Semuanya bergantung kepada mesin mudah alih yang digunakan kerana sifatnya sendiri adalah untuk kegunaan isi rumah dan bukannya untuk kegunaan komersil atau industri. Sebab itulah ia tidak tahan lasak seperti mesin sulam industri dan juga mesin jahit domestik.
Justeru, terpulang kepada anda serta kemampuan kewangan anda untuk membeli dan menggunapakai mesin jahit yang sedia ada di pasaran.

Selamat menyulam!