Sulam Ayak Kerawang Dengan Kaedah Sulam Padu Juga Cincang

//Sulam Ayak Kerawang Dengan Kaedah Sulam Padu Juga Cincang

Sulam Ayak Kerawang Dengan Kaedah Sulam Padu Juga Cincang

Untuk makluman, sulam ayak kerawang yang nampak timbul bakal membuahkan rekaan sulam yang menawan. Tidak cukup dengan itu, apabila anda ingin menghasilkan corak rekaan sulam ayak kerawang seperti ini, ia menuntut ketelitian yang amat tinggi daripada anda. Jadi, kemusykilannya, sejauh mana kemampuan anda untuk menyulam sulam padu teknik timbul ini dengan mudah dan juga cantik.

 

Mengayak Sulam Ayak Kerawang Dengan Teknik Sulam Padu.

 

Sulam Ayak KerawangKaedah sulam padu ini tampak timbul jika dilihat atau disentuh. Penggunaan cara cincang sangat diperlukan agar nanti ia bakal membuahkan hasil sulam ayak kerawang yang eksklusif. Kaedah dan cara menolak kayu pemidang dengan pantas serta sempurna pasti menghasilkan jarak yang diingini sewaktu menyulam mesin teknik cincang ini. Malah, dengan pantas pergerakan serta melakukan sentapan turut dibuat supaya jarak yang dijahit besar serta sesuai untuk sulam ayak anda.

 

Kaedah mengayak ini penting untuk dipraktikkan anda bagi menghasilkan sulam ayak kerawang yang lebih cantik. Jika anda mahir, maka anda juga berpeluang untuk menghasilkannya untuk sulam tampal ataupun sulam baldu pada fabrik anda.

 

Bagaimana Jika Pergerakan Sulam Ayak Kerawang Dilakukan Secara Laju Tetapi Pantas.

 

Namun, adapun pergerakan yang dilakukan secara pantas, pergerakan sulaman ayak anda perlulah diayak dengan lemah lembut serta berhati-hati. Ini kerana benang sulam sangat sensitif lagi senang terputus. Jika benang sulam asyik terputus semasa proses menyulam, ia akan memberikan kesan yang tidak baik pada rekaan sulam ayak kerawang anda.

 

Hasilnya, rekaan sulam ayak kerawang anda akan menjadi tidak timbul sebaliknya akan berlekuk-lekuk.

 

Pastikan anda Mampu Menghasilkan Sulam Ayak Kerawang.

 

Bagaimana untuk memastikan anda boleh menghasilkannya dengan cantik? Semua persoalan ini bakal terjawab dalam Bengkel Secara Online Sulam Ayak Kerawang yang disediakan kami untuk anda. Jadi, jangan lupa mendaftar hari ini dan jumpa di dalam Platform.

 

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman dan Akademi Latihan Sri Classic

Tips Sulam Ayak Kerawang Dengan Kaedah Sulam Padu Juga Cincang

2015-04-07T17:47:43+00:00