Menjahit busana pengantin adalah satu perkhidmatan yang sangat menguji anda. Terutamanya, apabila ia melibatkan bentuk tubuh bakal pengantin yang menempah dengan anda. Apatah lagi jika bakal pengantin tersebut mempunyai bentuk tubuh berbentuk pear. Untuk menjahit busana pengantin yang mempunyai bentuk badan pear adalah perkara yang merumitkan jika anda tidak ketahui cara yang terbaik untuk menjahitnya. Ini kerana kesalahan menjahit busana pengantin yang berbadan pear ini, bakal mengundang masalah kepada pengantin sewaktu di hari perkahwinanan mereka. Sekaligus, selakuk pereka fesyen busana pengantin ini, anda pasti turut mendapat tempiasnya.
Pentingnya Tempahan Busana Pengantian Dihasilkan Dengan Baik.
Tempahan busana pengantin ataupun busana untuk pengiring kecil menjadi perkara yang sangat penting dalam sesebuah majlis perkahwinan. Ini kerana, setiap mata akan tertumpu kepada pengantin perempuan yang diserikan lagi dengan pengiring-pengiring kecil yang dikenali sebagai flower girl. Namun, jika busana yang melekat di badan pengantin perempuan ini adalah cantik, ia pasti akan menjadi bualan sesiapa sahaja kerana pengantin perempuan adalah penyeri satu-satu majlis perkahwinan. Namun, jika busana yang diperagakan tidak cantik atau janggal dengan tubuh pengantin perempuan, pastinya ia akan menjadi topik hangat untuk dibualkan juga. Dengan adanya kemudahan media social hari ini, pastinya ia akan menjadi masalah yang lebih besar kepada anda selakuk ratu sehari.
Dilema Busana Pengantin Untuk Anda Yang Berbadan Pear.
Pun begitu, bagi mereka yang ingin menjadi raja sehari ataupun ratu sehari, pastinya inginkan busana pengantin yang diperagakan pada hari bersejarah tersebut menjadi kenangan abadi untuk selamanya. Busana pengantin yang disarung akan menjadi topik bualan positif untuk setiap jemputan yang hadir.
Walau bagaimanapun, ia menjadi dilemma bagi mereka yang berbadan pear untuk mencari busana yang sesuai untuk digayakan. Ini kerana terdapat beberapa perkara yang bakal timbul sekiranya anda mempunyai tubuh badan berbentuk pear ini.
Antaranya ialah:-
- Masalah yang timbul adalah bahagian atas badana anda adalah kecil tetapi bahagian punggung dan peha adalah besar dan lebar.
- Jika anda menyarungkan busana kurung tradisional, pastinya ia akan nampak rendah dan gemuk.
- Jika memilih dress pula, seperti dress A cut, ia amat tidak sesuai kerana dress sebegini akan menampakkan bahagian pinggul yang jelas berbanding dengan bahagian dada.
- Sekiranya anda ingin menyarungkan busana princess cut pula, anda akan kelihatan rendah kerana princess cut ini bersifat kembang di bahagian pinggul dan ke bawah.
Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah dan dilemma yang dihadapi anda yang mempunyai bentuk badan pear ini? Adakah anda tidak sesuai untuk menyarungkan dress? Jadi, jika anda ingin mengetahui cara mengatasinya, teruskan pembacaan anda di bawah berasam saya.
Jalan Penyelesaian Untuk Menghasilkan Busana Pengantin Yang Mempunyai Badan Berbentuk Pear.
Jadi, untuk menghasilkan busana bagi mereka yang berbadan pear ini, saya menggariskan beberapa langkah proaktif yang boleh anda ambil selaku penjahit atau pereka fesyen untuk bakal pengantin yang mempunyai bentuk tubuh seperti ini.
Langkah-langkahnya ialah:-
- Anda perlulah menggabungkan busana tersebut supaya tidak nampak rendah dan gempal.
- Pada bahagian atas badan perlulah dijahit dengan potongan seperti jahitan princess iaitu dijahit sekeping-sekeping yang menampakkan lisu pada busana itu.
- Manakala di bahagian bawah iaitu di bahagian pinggang dan ke bawah pula, perlulah dijahit secara berasingan, berkeping-keping tetapi tidak kembang.
- Sekiranya ia ingin dikembangkan, ia perlulah bermula di bahagian pinggul dan bukannya dikembangkan dari bahagian pinggang ataupun atas baju. Dengan ini, pengantin perempuan ini akan nampak lebih cantik dan langsing walaupun mempunyai badan yang berbentuk pear.
Jadi, selaku pereka fesyen busana pengantin ini, anda boleh praktikkan langkah-langkah yang digariskan di atas. Semoga langkah-langkah ini dapat memberikan ilham dan sedikit sebanyak memudahkan anda dalam menghasilkan busana pengantin atau dress pengantin untuk bakal mempelai yang berkunjung di butik anda.
Praktikkannya, dan hebahkan tips ini untuk membantu rakan penjahit busana pengantin anda yang lain. Selamat mencuba!