Trend merupakan satu-satu perkara yang dilakukan sehingga menjadi ikutan dalam jangka masa tertentu. Melihat fenomena ataupun trend sempena aidilfitri yang lalu, dress cutting princess menjadi trend pada tahun ini. Walaupun ia telah hadir dari tahun 2014, namun pada tahun ini, tanpa mengira umur, semuanya inginkan dress princess untuk dijadikan busana pada pagi aidilfitri mereka.

Dress Bukan Lagi Untuk Kanak-Kanak dan Jubah Bukan Lagi Untuk Dewasa.

Imej Trend Jahitan Jubah TerkiniBagi yang muda, bahagian kainnya akan dibiarkan kembang sehingga ke hujung fabrik. Namun, bagi yang berumur pertengahan ataupun warga emas, ia tidaklah dihasilkan terlalu kembang. Ia dihasilkan sesuai dengan usia mereka. Walaupun begitu, sebenarnya, jahitan dress ini tetap nampak kembang berbanding dengan jahitan jubah biasa. Jika dahulu, seingat saya, tiada dress dihasilkan kecuali untuk kanak-kanak sahaja. Malahan, pemakaian jubah juga tidak banyak kerana kebanyakan jubah yang dihasilkan adalah mengikut gaya lurus sahaja. Ini kerana kebanyakan jubah dibeli sewaktu musim haji di Mekah.

Potongan Jubah Lurus Sahaja Tanpa Cutting.

Masih segar dalam ingatan saya, di mana jubah dahulu tidak mempunyai cutting. Ia hanya nampak lurus berpetak sahaja. Di bahagian hadapannya pula, dibelah tengah sebesar 6 inci. Ini kerana dahulu kala, jubah ini dipakai bersama-sama baju kurung di dalamnya. Bayangkanlah jika saiz badan anda adalah S, maka apabila dipakaikan 2 lapis seperti itu, ia akan menjadi saiz L.

Pemilihan Warna Jubah Terhad.

Thumbnail Dress TerkiniSelain itu juga, warna untuk satu-satu jubah itu adalah terhad iaitu putih, hitam, hijau, maroon dan biru tua sahaja. Itulah antara warna yang ada pada waktu tersebut yang menjadi pilihan. Walapun warnanya terhad, namun jubah ini tetap diminati kerana sebagai pengguna, anda tidak mempunyai banyak pilihan.

Namun, sekarang semuanya telah berubah. Dan warna yang menjadi trend adalah warna-warna gabungan seperti warna ungu muda, kuning mustad, hijau emerald, biru teal, biru turquois dan pink terang menjadi pilihan masa kini. Jika dahulu, dress dihasilkan lurus sahaja, kini ia dihasilkan kembang. Dan inilah fenomena yang menjadi trend masa kini dalam menghasilkan dress.

Perubahan Trend Jubah dan Dress Dek Kesedaran Berhijab.

Selain itu, jika dahulu ramai yang tidak berhijab, jadi fenomena lebih kepada potongan leher seperti leher cheong sam, neck turtle, high cut colar, leher mazuin, leher popeye, leher perahu, leher bulat, teluk belanga, V shape, leher puteri Diana dan lain-lainnya. Kini potongan leher bulat menjadi pilihan kerana sudah ramai wanita yang berhijab. Jadi, mereka tidak memerlukan design leher yang pelbagai untuk dress mereka.

Penekanan Kepada Design Tangan Jubah dan Dress Pula.

Namun, yang menjadi penekanan mereka adalah di bahagian tangan pula. Terdapat pelbagai gaya jahitan tangan iaitu tangan saloma, tangan biasa, getah, tangan Barbie, cuff tinggi, cuff biasa dan sebagainya. Kesemuanya kini menjadi ikutan kerana ramai yang sudah berhijab. Jadi di bahagian tangan akan direka dan dijahit dengan pelbagai gaya untuk busana. Semoga ia menjadi inagatan untuk tempahan dress anda.