Dress labuh semakin menambat hati golongan wanita hari ini. Dress potongan A, dress potongan princess, dress potongan Punjabi sut, dress potongan kembang payung, dan sebagainya menjadi tarikan fesyen dress hari ini.

Dress Labuh Ataupun Biasa Cantik Menggunakan Fabrik Berbidang Besar.

Imej Dress Labuh Terkini Yang DiminatiMana-mana corak dress pun ia sangat cantik menggunakan fabrik yang lebar. Di mana ia mempunyai bidang kain yang besar seperti 60 inci. Malah, ia amat cantik lagi jika fabrik tersebut adalah berat. Ia sangat cantik apabila beralun seperti fabrik super crepe dan satin. Walaupun super crepe sedikit kasar, tetapi ia lebih lembut daripada fabrik jojet.

Mengapa saya sarankan agar fabrik yang digunakan adalah fabrik yang berbidang besar? Ini kerana ia akan kembang dengan cantik berbanding dengan menggunakan fabrik berbidang biasa iaitu 45 inci. Malah, kain terpaksa dibeli lebih sekiranya anda ingin menggunakan kain berbidang 45 inci untuk menghasilkan dress labuh.

Jadi, untuk memudahkan anda, jika anda ingin menghasilkan dress, maka ia perlu dibuat menggunakan fabrik berat. Dan anda juga perlu menggunakan fabrik yang banyak. Semakin banyak fabrik yang digunakan, semakin kembang dan labuh hasil dress anda.

Membeli Fabrik Mengikut Bentuk Badan Untuk Dress Labuh atau Dress Biasa.

Bagi mereka yang berbadan sederhana, maka cukup hanya menggunakan 3 ½ meter sahaja, jika fabrik yang digunakan adalah bidang 60 inci. Tetapi jika anda yang berbadan besar atau gempal, anda perlu menggunakan 4 hingga 4 ½ meter untuk fabrik berbidang 60 inci. Dengan ini, ia akan menghasilkan dress yang cantik kerana ia kembang dan labuh.

Menghasilkan Kolar Pelbagai Untuk Dress Labuh Anda.

Tempahan Dress Labuh TerkiniSelain kembang dan labuh, ciri yang paling diminati ramai adalah ciri reka bentuk kolar yang pelbagai. Ini kerana kolar sebegini akan lebih menyerlah jika ia dihasilkan dalam pelbagai gaya. Dan ia tidak terikat hanya dengan kolar bulat ataupun kolar perahu sahaja.

Anda boleh menghasilkan pelbagai kolar seperti seperti kolar serong, kolar cheongsam, kolar tinggi, kolar mazuin, kolar popeye, dan kolar isteri popeye. Itulah antara jenis kolar yang diminati ramai yang boleh disesuaikan dengan potongan dress tadi. Selain itu juga, hasil kolar ini boleh digabungkan agar nampak lebih cantik.

Jaid, ia dapat menghasilkan pelbagai bentuk dress labuh ini. Biarpun ia hanya menggunakan pola rekaan yang sama. Untuk itu salam hormat dan selamat belajar menghasilkan dress labuh anda.