Dress labuh sama ada potongan dress ‘A’ cut atau potongan dress princesss merupakan 2 jenis dress yang popular masa kini. Kedua-dua jenis dress ini menjadi pilihan untuk digayakan pada majlis rasmi, keramaian, atau apa ajua festival yang diingini.
Dress Labuh Pelbagai Potongan Menjadi Minat Kanak-Kanak
Kanak-kanak atau remaja sekarang amat meminati dress labuh. Dress labuh ini sangat cantik dengan pelbagi potongan sam ada potongan dress ‘A’ Cut atupun potongan dress princess. Potongan dress ‘A’ cut ini lebih simple dari potongan dress princess. Ini kerana ia hanya dilihat dapat dihasilkan dengan menggunting di bahagian pinggang ataupun di bahagian bawah dada. Selain itu juga, kain untuk dress ‘A’ cut ini tidaklah kembang berbanding dengan dress princess ini. Namun, ia bukanlah hampir lurus seperti potongan payung ataupun potongan duyung.
Mengapa Potongan Dress Princess Lebih Digemari?
Berbalik dengan dress princess cut ini, ia sngat diminati kerana ia kembang dan terjatuh dengan cantik. Walaupun menggunakan bahan asas yang sama, Cuma bezanya ialah potongan dressnya adalah menyerong seperti memotong tudung. Sebab itulah kainnya jatuh cantik berbanding dengan potongan kain yang diambil secara tegak seperti biasa.
Adapun potongan dress princess ini tidak mengikut garisan seperti teknik-teknik menjahit kain baju yang lain. Oleh itu, semakin banyak potongan yang dihasilkan, semakin cantik kainnya akan jatuh dan akan nampak seperti berombak-ombak. Lantaran dress princess ini menjadi minat kanak-kanak atau remaja untuk dimiliki.
Potongan Dress Princess Untuk Lenggar Kanak-Kanak
Potongan dress princess cut ini boleh dihasilkan pada lenggar yang dipakai oleh kanak-kanak. Lenggar ini juga menyamai dress princess. Namun, ia lebih sesuai dijahit dengan pecahan-pecahan yang lebih kecil agar ia nampak lebih kembang apabila jatuh ke bawah. Walaupun ia dipakai oleh mereka yang gempal, namun dress tersebut akan tetap nampak kurus kerana lenggar ini telah dipecah-pecahkan lebih daripada 6 pecahan di bahagian hadapan dan juga di bahagian belakang. Inilah yang membezakan potongan lenggar dengan potongan princess cut.
Oh ya, bagi mereka yang masih tercari-cari potongan mana yang sesuai untuk menghasilkan dress kanak-kanak ini, pastinya potongan princess cut dan lenggar yang akan menjadi pilihan. Dengan naluri remaja, pastinya inginkan dress yang lebih ceria dan cantik. Soal seni tidak menjadi masalah bagi mereka kerana yang paling penting adalah ia cantik apabila dipakai.
Jadi, adakah anda ingin memberikan dress untuk puteri anda? Tetapi sukar untuk mendapatkan dress dengan ukuran tepat untuk puteri kesayangan anda? Atau anda hanya berkesempatan membeli dress secara ready made dan akhirnya ia tidak sesaui untuk dipakai selama-lamanya dek ukuran yang tidak tepat? Inginkah anda menempah dress untuk puteri kesayangan anda mengiikut saiz badannya? Inginkah anda menempah dress puteri anda secara custom made? Jika ya, jangan lupa layari dress khairiah kami yang menyediakan tempahan jahitan dress untuk kanak-kanak dan remaja dari 5 hingga 15 tahun.