Sulaman manik crumble merupakan teknik sulaman yang menjadi trend masa kini. Walaupun penghasilannya sedikit rumit dari segi masa, teknik dan material yang digunakan, ia tetap menjadi pilihan masa kini. Ini kerana kecantikan dan keindahan hasil rekaan sulaman manik crumble itu sendiri dapat memukau mata yang memandangnya.

Sulaman Manik Crumble Mendapat Sambutan Dan Permintaan

Justeru, tidak hairanlah bagaimana sulaman manik crumble ini mendapat sambutan walaupun terdapat lagi teknik-teknik manik yang terkini. Ini kerana ia cantik bukan sahaja pada pakaian tradisional tetapi juga cantik untuk digayakan pada pakaian moden masa kini. Sebab itulah ia menjadi pendorong utama mengapa sulaman manik crumble sangat digemari masa kini.

Ketahui Teknik Asas Dalam Pembentukan Sesuatu Rekaan Sulaman Manik Crumble

Untuk memahami teknik sulaman manik crumble ini sebenarnya tidaklah sesusah seperti mana anda perlu tekun dalam mempelajari kemahiran seni sulaman kerawang. Ini kerana setiap teknik sulaman manik crumble ini sebenarnya mempunyai tip dan teknik tertentu yang boleh memudahkan kerja anda. Paling penting anda tahu teknik asas yang membentuk sesuatu rekaan manik crumble.. Ia senang dan mudah jika kena cara dan guru yang mengajarnya. Akan tetapi apa yang pastinya, dalam menghasilkan sulaman manik crumble ini, anda perlulah mempunyai sedikit asas tentang jahitan manik.

Perlu Asas Jahitan Manik Sebelum Mempelajari Sulaman Manik Crumble

Jika anda tidak mempunyai asas jahitan manik, pastinya anda akan merasakan sedikit sukar kerana perkara asas seperti tidak pandai memilih jarum yang sesuai, material yang sesuai dan sebagainya akan menjadi halangan bagi anda. Hal ini kerana dalam sulaman manik crumble, biasanya ia dipelajari oleh mereka yang benar-benar minat dan mengetahui trend fesyen manik terkini. Jika tidak, memadai mereka hanya menggayakan dengan teknik manik asas sahaja.

Elakkan Risiko Belajar Tetapi Tidak Berjaya Menguasainya

Jika anda mengambil risiko mempelajari terus sulaman manik crumble, pastinya tekanan dalam menghasilkan rekaan manik akan muncul. Oleh itu, terpulanglah kepada kehendak anda dalam mempelajari teknik sulaman manik crumble sekiranya anda masih tidak mempunyai asas jahitan manik tetapi mengambil risiko untuk menguasainya juga.

Selamat mencuba.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic

Lekas Ketahui Teknik dan kaedah Yang Sesuai dalam Mempelajari Sulaman Manik Crumble Bersama Kami!