Untuk menggayakan busana bersulam manik, adakalanya anda hanya perlu memadankan dengan corak sulaman manik yang simple. Ini kerana, sekiranya busana anda mempunyai corak fabrik yang sarat dan bukannya busana polos, maka, semewah mana sekalipun rekaan sulaman manik dihasilkan, hasil seninya tidak berapa kelihatan dek tenggelam oleh bunga bungaan fabrik yang banyak.

Corak Sulaman Manik Simple Tetapi Tetap Menarik

Ini merupakan hasil rekaan sulaman manik untuk pelanggan kami, di mana kami mengambil kira tentang warna fabrik dan juga corak fabrik yang sedia ada. Memandangkan, fabrik yang dibawa pelanggan kami ini sarat dengan corak fabrik berbunga, maka adalah lebih elok kiranya hanya corak sulaman manik yang simple sahaja dikenakan.

Teknik Sulaman Manik Bunga-Bungaan

Corak Sulam Manik SimpleMemandangkan fabrik ini mempunyai motif bunga-bungaa, maka corak sulaman manik yang lebih sesuai adalah bunga-bungaan. Justeru, Teknik Bunga Dahlia dengan kelopak yang lebih kecil dihasilkan pada fabrik tersebut. Malahan, penggunaan warna manik yang sedikit kontra dengan warna fabrik juga digunakan agar rekaan manik ini akan jelas kelihatan bila dipakai nanti.

Kreativiti Dalam Menghasilkan Rekaan Sulaman Manik

Pucuk pangkalnya, dalam menghasilkan setiap rekaan sulaman manik, pastikan anda menilai terlebih dahulu tentang corak fabrik, warna fabrik, kehendak pelanggan dan kesesuaian rekaan sebelum anda memulakan proses menyulam. Yang pastinya, tiada ketentuan utama dalam menghasilkan rekaan sulaman manik anda. Anda hanya perlu yakin dan memastikan apa yang anda hasilkan adalah seratus peratus kehendak pelanggan anda.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman dan Akademi Latihan Sri Classic Collection

Jangan lupa menghubungi kami untuk sebarang tempahan sulaman manik anda hari ini!