Tahun 2010 pasti luput meninggalkan kita sama ada ia manis ataupun pahit biarlah ia pergi meniti hari dan begitu juga dengan hasil rekaan jahit manik juga yang beransur bersama dengan rekacipta design 2010. Pejam celik pejam celik, rekaan manik 2010 hampir meninggalkan kita dalam sedikit waktu lagi.

Rekaan Jahit Manik Potongan Kaftan dan Jubah Muslim

Pada tahun 2011, rekacipta manik masih lagi famous dengan bermacam jenis potongan kaftan dan jubah muslimah yang menjadi kesukaan pereka fesyen untuk fabrik Muslimah. Akan tetapi, sedikit sebanyak ia masih mengekalkan unsur-unsur yang terdahulu iaitu hanya menggunakan manik panjang pendek. Rekaan sulam manik seperti ini dijangka bakal diguna pakai oleh pereka fesyen. Malahan permintaan rekaan jahit manik seperti ini juga sudah mula mendapat tempat di hati penggemar pakaian bermanik.

Rekaan Jahit Manik Dihasilkan Secara Padat

Untuk pengetahuan anda, rekaan sulam manik ini dibuat secara padat-padat agar ia nampak padat dan cantik. Penggunaan labuci yang beraneka rupa turut menyerlahkan lagi motif jahitan manik untuk tahun 2011 yang membuka nota baru pada tahun hadapan tidak lama lagi. Bersesuaian dengan bulan baru dan tahun baru, ia boleh memberikan keyakinan kepada mereka yang memakai pakaian bermanik seperti ini.

Rekaan Jahit Manik Lebih Tertumpu di Bahagian Dada dan Badan Busana

Sebagai permulaan, rekaan sulam manik ini diubah sedikit dengan tidak hanya mengelilingi leher setebal jarak 1 hingga 2 inci dan begitu juga dengan lengan tangan pakaian. Ini disebabkan ia banyak terarah di bahagian dada dan badan baju. Malahan, lingkaran seperti biji buah kana yang ditambah dengan labuci yang bermacam jenis bentuk serta saiz pasti mengindahkan lagi rekaan sulam manik tersebut.

Pastikan Rekaan Mengikut Peredaran Rekaan Semasa

Apa-apa pun, satu-satu rekaan jahitan manik yang dihasilkan sama ada oleh pereka trend mahupun penyulam biasa, anda perlu memastikan bahawa ia sepatutnya mengikut peredaran dan perubahan trend semasa. Hasil identiti anda sendiri dalam berkarya menghasilkan rekaan jahit manik yang amat menawan dan mengancam. Ini kerana anda pastinya berjaya menghasilkan rekaan terkini jahit manik 2011 mengikut kreativiti anda.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic