Setiap fabrik jahitan manik tidak sama kaedah menjahitnya antara satu dengan yang lain. Ada kalanya fabrik yang dijahit manik menguji kecekapan dan kemahiran anda dalam menghasilkan sesuatu rekaan manik di atasnya. Justeru, pada kali ini, saya akan menceritakan tentang jahitan manik pada fabrik Lycra.

Jahitan Manik Pada Fabrik Lycra Nampak Mudah Tetapi…

Jahitan manik pada fabrik Lycra nampak mudah tetapi perlu berhati-hati semasa mematikan benang. Hal ini kerana fabrik Lycra bersifat memeri iaitu seperti spring. Jika jahitan manik tidak dijahit dengan teliti, bermakna ia akan menyebabkan fabrik Lycra tersebut berkedut di tempat yang telah dijahit manik.

Sifat Fabrik Lycra Yang Mengecut Dan Meregang Secara Tiba-Tiba Sewaktu Proses Jahitan Manik Boleh Mengakibatkan Fabrik Berkedut-Kedut.

Walaupun fabrik Lycra memudahkan anda dalam menjahit manik, akan tetapi masalah utama yang selalu berlaku ialah fabrik ini akan tiba-tiba meregang dan mengecut. Oleh yang demikian, kebanyakan jahitan manik yang dihasilkan pada fabrik Lycra ini terutamanya pada pakaian yang dibeli secara pakai siap atau ready made, jahitan manik di atasnya tidak dimatikan pada setiap teknik yang digunakan. Ia sebenarnya dibuat sebegitu supaya fabrik tersebut nampak sempurna tanpa berkedut-kedut.

Sebagai Penyulam Anda Perlu Mengambil Kira Kualiti Dalam Jahitan Manik Anda

Namun begitu, secara peribadi, saya amat tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana ia sebenarnya mengambil jalan mudah tanpa mengira kualiti dalam jahitan manik tersebut. tetapi bagi penyulam atau penjahit manik yang berpengalaman serta cermat, mereka dapat menghasilkan jahitan manik dengan mematikan pada setiap teknik yang digunakan. Inilah yang akan membezakan penjahit manik yang mahir ataupun yang kurang mahir.

Teknik regangan pada fabrik Lycra menjadi faktor penting yang menyebabkan fabrik tersebut berkedut ataupun tidak. Inilah uniknya jahitan manik yang berbeza-beza dapat dilihat pada fabrik yang pelbagai jenis dan kualiti.

Pelbagai Fabrik dan Sifatnya Menguji Anda Sebagai Penyulam Manik Mahir

Dalam menjadikan anda seorang penyulam atau penjahit yang profesional, fabrik Lycra, satin, organza, net serta fabrik sutera merupakan fabrik yang menduga kemahiran dan kecekapan anda dalam menyulam manik yang cantik dan kemas. Hal ini kerana, setiap fabrik yang dinyatakan tadi memberikan anda pengalaman yang berbeza-beza dalam menghasilkan jahitan manik yang cantik.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Akademi Sulaman Sri Classic

Jom Ketahui Cara Jahitan Manik Yang Betul dan Sempurna Bersama Kami!