Jikalau bercerita mengenai fesyen sulam manik terkini, sudah semestinya dalam minda anda menggambarkan baju yang indah lagi berkerlip-kerlipan bersama berbagai-bagai manik dan labuci. Akan tetapi, anda patut juga mengenali begitu mendalam apakah cara bagi menyulam jahitan manik dan labuci yang berkualiti serta bukan hanya jahit manik dan labuci biasa sahaja.

Olahan Rekacipta Jahit Manik Terkini.

Perkembangan olahan jahitan manik terkini harus sentiasa wujud di dalam kotak minda anda supaya semua hasil rekaan jahit manik anda mendapat tempat di hati penempah. Selain itu juga, penggunaan manik, kristal, labuci, batuan juga material-material lain dalam jahit manik dan labuci ini mestilah mengguna pakai material-material yang berkualiti serta original supaya ia tahan lebih lama dan tak luntur.

Harus Sentiasa Mengikuti Peredaran Gaya Jahitan Manik Terkini.

Hal ini mengingatkan saya tentang seorang rakan yang handal dalam selok belok menjahit manik dan kristal. Akan tetapi, beliau tidak mengambil tahu tentang perkembangan fesyen manik terkini yang mengguna pakai material-material lain untuk dijahitkan bersama pakaian tempahan. Kesannya, banyak kos yang ditanggung olehnya bila penempah menempah manik tetapi hendakkan penggunaan kristal, batu-batuan juga material lain. Ini berpunca, beliau hanya meletakkan harga tempahan biasa seawal penempah datang menempah bersamanya. Bagi saya, apabila menjahit manik dan labuci ini, setiap individu yang terlibat wajiblah peka terhadap perkembangan rekaan manik terkini. Ia bermula daripada pengeluar, pemborong, peniaga, penyulam dan pengguna manik, kesemuanya harus peka supaya ia seiring bersama perubahan trend manik terkini.

Pesatnya Perkembangan Industri Jahit Manik Terkini.

Dengan ini, perkembangan industri manik pasti berakar pesat dan membawa kelebihan bagi mereka yang terlibat dalam industri jahit manik ini. Oleh itu, kita tidak boleh hadir pada tahap yang sama seperti sebelumnya untuk lebih maju, kerana perkembangan gaya serta industri berasakan sulam manik ini sungguh pesat ketika ini.

Selamat Belajar!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Akademi Sulaman Sri Classic

Jom belajar menjahit sulaman manik terkini bersama kami!