Rekaan sulaman manik terkini atau rekaan sulaman manik moden, mungkin itulah yang diterjemahkan oleh individu tertentu dalam membezakan di antara corak atau motif yang digayakan pada sulaman manik. Walau pun digayakan dalam pelbagai bentuk dan rekaan, sulaman manik ini tetap menawan dan mempunyai aura tersendiri untuk diperagakan.

Elemen Rekaan Sulaman Manik Yang Diguna Pakai Untuk Fesyen Manik

Elemen rekaan sulaman manik yang digunakan pada tahun ini adalah elemen-elemen kristal dan cara tampalan. Ini kerana terdapat kristal-kristal pasang siap yang menarik dengan pelbagai bentuk rekaan untuk digayakan dalam rekaan sulaman manik. Malahan, ia menjadikan kerja menyulam manik lebih mudah dan membantu para penyulam manik mahupun pereka fesyen untuk mengayakan corak sulaman manik mereka dengan lebih cantik, menarik dan menjimatkan masa.

Adakalanya Kristal Pasang Siap Tidak Menepati Cita Rasa Dalam Rekaan Sulaman Manik

Rekaan Sulaman Manik TerkiniWalaupun begitu, bagi mereka yang inginkan kelainan dalam setiap rekaan sulaman manik yang dihasilkan, pastinya rekaan kristal pasang siap ini tidak menepati cita rasa mereka. Ini kerana kristal pasang siap ini tidak mempunyai nilai kesenian yang dicungkil apabila dihasilkan secara pukal. Dari itu, teknik-teknik gabungan hasil kerja tangan sendiri dan bukannya hasil dari kristal pasang siap tadi mampu memberikan kepuasan dan corak baru dalam rekaan sulaman manik itu sendiri.

Namun, sulaman manik ini masih lagi digabungkan dengan mutiara untuk menampakkan hasil rekaan yang lebih natural serta tidak terlampau garang dengan himpunan kristal semata-mata. Justeru itu, penggunaan warna-warna senada digunakan agar hasil sulaman manik lebih cantik dan natural.

Itulah uniknya corak rekaan sulaman manik untuk tahun ini yang semakin menyerlah pada pandangan namun kekal dalam rekaan natural dan elegan.

Menggabungkan Kristal Dengan Manik Kecil Dalam Segenap Hasil Sulaman Manik

Seterusnya, kristal-kristal ini akan digabungkan dengan manik-manik yang kecil agar manik tersebut memenuhi ruang-ruang kecil yang masih ada dicelah kristal yang telah disusun tadi. Susunan kristal pula lebih tertumpu kepada saiz yang pelbagai di mana, saiz-saiz besar digabungkan dengan kristal yang bersaiz kecil dan pelbagai bentuk. Di sinilah akan menghasilkan rekaan dan corak sulaman manik terkini apabila kesemua elemen tersebut digabung jalinkan dalam sesuatu rekaan sulaman manik.

Alangkah menariknya jika busana sulaman manik tersebut tidak lagi kelihatan polos tetapi telah ditambah dengan aksesori sulaman manik terkini mengikut cita rasa semua lapisan dan peringkat umur dari yang muda sehinggalah kepada yang sudah berumur. Namun, ia tetap bersesuaian jika ia mengikut gaya dan olahan yang betul pada setiap lapisan masyarakat yang inginkan busana mereka yang menarik dihiasi sulaman manik.

Dengan perkembangan rekaan sulaman terkini ini, ia membolehkan semua golongan dapat bergaya mengikut rekaan yang bersesuaian dengan umur mereka. Justeru, tidak hairanlah jika pada masa akan datang, permintaan terhadap sulaman manik ini akan terus meningkat lebih-lebih lagi dengan adanya pertemuan rekaan sulaman manik yang terkini dan terbaru di pasaran.

Selamat mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman dan Akademi Latihan Sri Classic Collection