Menjahit pakaian wanita sebenarnya tidaklah semudah yang disangka. Ini kerana jika ia tersalah ukur ataupun tersalah potong pastinya pelanggan tidak dapat memakai pakaian yang dihasilkan itu. Apa yang pasti bukan setakat pelanggan sahaja kecewa, anda juga pastinya kecewa dengan apa yang berlaku.

Mengukur Pakaian Mengikut Bentuk Tubuh Pelanggan

Dari pengalaman saya berjumpa dengan pelanggan, terdapat berbagai bentuk tubuh pelanggan yang saya temui. Antaranya:

  • pelanggan yang kurus dan tidak cerewet
  • pelanggan yang kurus tetapi mempunyai punggung dan paha yang besar seperti bentuk pear.
  • pelanggan yang kurus tetapi mempunyai perut yang buncit.
  • pelanggan yang gempal, mempunyai dada yang besar, mempunyai perut yang buncit dan punggung yang tirus.
  • pelanggan yang gempal, lengan yang besar dan punggung yang lebar.

Itulah sebahagian antara bentuk badan pelanggan yang sentiasa memeningkan kepala. Baru-baru ini ada seorang rakan lama memberikan tips bagaimana untuk saya mengambil ukuran bagi mereka yang mempunyai perut yang buncit serta punggung yang lebar.

Bagaimana Cara Mendapat Ukuran Yang Sempurna

Bagaimana cara untuk mengukurnya. Dari pandangan sisi tali pengukur itu haruslah serong yang mana meliputi puncak perut dan juga puncak punggungnya yang lebar. Justeru, jika ia longgar maksudnya pita boleh di gerakkan maka itulah ukuran yang ideal untuk pelanggan itu.

Mungkin anda merasakan ia akan besar, ya apabila kita menggunting fabrik ia akan nampak besar tetapi ia cantik dipakai oleh di pemakai dan pada bahagian tepi peha bajunya tidak mudah pecah.

Malah, jika anda lihat keseluruhannya potongan bajunya akan membentuk ‘A line’ sedikit dan ia molek untuk si pemakai.

Cara Mengukur Untuk Pelanggan Yang Mempunyai Perut Bncit

Begitu juga dengan mereka yang mempunyai perut yang buncit, untuk keselesaan dalam berpakaian haruslah dijahit ‘dat’ pada bahagian belakangnya sahaja. Jika mereka inginkan ‘ dat’ pada bahagian depan, fabrik tersebut perlulah digunting sekeping-sekeping iaitu 4 keping untuk menghasilkan bahagian hadapan baju.

Ya, itulah sebahagian tips yang boleh dikongsi agar anda menjadi panduan untuk anda dalam menghasilkan pakaian yang selesa dipakai oleh para pelanggan anda.

Salam Hormat dan Selamat Belajar!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas Butik Sulaman & Akademi Sri Classic Collection