Baju Kebaya Tradisional Sulam Corak Bunga Ros.

Berikut adalah hasil rekaan baju kebaya tradisional sulam dengan corak bunga ros dan kerawang buih untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Baju Kebaya Tradisional Sulam Bunga Ros Dengan Kerawang Buih - Koleksi Baju Kebaya 2018

Baju Kebaya Tradisional Sulam.

Koleksi Baju Kebaya Tradisional.

Baju kebaya tradisional sulam pada kali ini menampilkan sulaman kerawang motif bunga ros.  Sulaman kerawang ayak ini dihasilkan pada keseluruhan baju kebaya tradisional tersebut iaitu di bahagian tangan, bahagian lidah baju, bahagaian bucu hadapan baju dan juga bahagian hadapan belahan pada kain.

Corak Di Bahagian Belakang Baju Kebaya Tradisional Sulam.

Koleksi Baju Kebaya Tradisional.

Walau bagaimanapun, pada keseluruhan bahagian belakang baju kebaya tradisional ini serta bahagian belakang kainnya, dihasilkan biku-biku sulam kecil agar ia nampak sempurna dengan hasil sulaman kerawang pada bahagian hadapannya.

Motif Corak Sulam Bunga Ros.

Koleksi Baju Kebaya Tradisional.

Jika dilihat, dasar latar belakang kain baju kebaya tradisional pada kali ini pula, berlatar-belakangkan bunga ros mekar. Saiznya pula besar dan melebihi saiz tapak tangan orang dewasa. Jadi, corak bunga ros yang sedia ada pada kain baju ini memberi ilham kepada butik kami untuk menyulam kerawang dengan menggunakan motif bunga ros yang mekar sebagai corak sulaman pada baju kebaya tradisional sulam pada kali ini.

Gabungan 2 Bungaan.

Koleksi Baju Kebaya Tradisional.

Apabila berbicara tentang ros yang mekar, pastinya ia akan nampak membulat dengan kelopak yang berlapis-lapis secara tersusun dan menarik. Ia diserikan lagi dengan sulaman bunga bersaiz kecil iaitu bunga sakura. Gabungan kedua-dua motif sulaman ini dengan pelbagai saiz dilihat berjaya menyerikan hasil sulaman kerawang pada baju kebaya tradisional sulam kali ini.

Ketebalan Saiz Sulam Baju Kebaya Traidisonal.

Koleksi Baju Kebaya Tradisional.

Selain itu juga, dari segi ketebalan sulaman pada baju kebaya tradisional ini, jika dilihat pada bahagian lidah baju kebaya ini, ia disulam kerawang setebal 2.5 inci. Manakala di bahagian hujung tangan baju kebaya tradisional ini pula, dihasilkannya sulaman kerawang setebal 4 inci. Paling tebal ia disulam pada hujung bucu hadapan baju kebaya iaitu setebal 15 inci yang disulam secara menyerong ke atas. Dengan ini, ia nampak penuh pada hadapan baju kebaya ini apabila digayakan pemakainya nanti. Malahan sulaman kerawang ini juga turut dihasilkan dalam bentuk ‘L’ di bahagian belahan hadapan kain baju kebaya tradisional sulam ini.

Motif Buih Untuk Kerawang.

Koleksi Baju Kebaya Tradisional.

Dengan menghasilkan reka bentuk kerawang, motif kerawang buih yang bersaiz besar dan kecil menjadi pilihan untuk menyerikan lagi baju kebaya tradisional sulam ini. Walaupun dihasilkan dalam pelbagai saiz, namun motif kerawang buih besar dan kecil ini telah disusun secara teratur dan berulang-ulang yang berjaya menjadikannya sangat cantik serta menyamai susunan kerawang lebah. Dengan ini, ia nampak lebih mewah dan menarik apabila digayakannya nanti.

Corak Sulur Kekacang.

Koleksi Baju Kebaya Tradisional.

Untuk corak sulur motif kerawang pada baju kebaya tradisional sulam ini pula, ia lebih kepada corak sulur kekacang dengan rekaan daun yang melebar dan berpusat. Sebab itulah dengan rekaan daun seperti ini, dapat dilihat daun-daunnya dihasilkan seperti bertangkai atau bertangkai 3 serangkai. Daun yang bersaiz sederhana besar ini dapat menaikkan seri rekaan bunga ros yang bersaiz besar pada baju kebaya ini. Ia sebagai titik pusat, di mana menjadi asas motif utama sulaman kerawang pada kali ini.

Pemilihan Warna Baju Kebaya Tradisional Sulam.

Koleksi Baju Kebaya Tradisional.

Oleh kerana latar belakang keseluruhan kain baju kebaya tradisional ini adalah warna hijau dengan warna kuning, justeru pemilihan dan penggunaan warna ‘striking pink’ atau merah jambu terang akan dapat menimbulkan keseluruhan warna corak sulaman kerawang ini. Apatah lagi ia menggabungkan warna kuning yang menjadi warna dominan pada latar belakang corak pada kain tersebut. Padanan warna ‘triadic’ yang cukup kontra menggunakan warna hijau lumut, unggu dan hijau epal muda berjaya menaikkan seri hasil corak sulaman kerawang pada baju kebaya tradisional sulam ini.

Teknik Sulaman Ayak Kerawang.

Koleksi Baju Kebaya Tradisional.

Untuk menjadikan corak sulaman kerawang ini nampak lebih timbul dan menarik, teknik sulam ayak zig-zag dihasilkan pada keseluruhan design. Malahan bingkai setiap motifnya juga menggunakan teknik ayak zig-zag. Ditambah pula dengan teknik cincang yang dilakukan sebagai urat-urat yang menjadi penyeri motif sulaman pada kali ini. Ia mampu menjadikan setiap hasil sulaman akan nampak lebih bermaya dan hidup.

Rekaan Baju Kebaya Tradisional Sulam Menarik dan Menyerlah.

Baju Kebaya Tradisional Sulam.

Jadi, rekaan baju kebaya tradisional sulam pada kali ini nampak lebih menyerlah dengan adanya penggunaan corak bunga besar yang menjadi asas kepada corak keseluruhannya. Kombinasi warna, teknik sulam dan motif sulaman menjadikan hasil sulaman kerawang pada kali ini nampak lebih mewah dan ia sesuai dipakai dalam apa jua majlis-majlis formal mahupun santai.

Fesyen Baju Kebaya Tradisional Sulam Terkini.

Baju Kebaya Tradisional Sulam.

Hasil rekaan baju kebaya tradisional sulam ini nampak lebih kontemporari kerana penggunaan warna dan teknik yang berlainan dengan hasil corak sulaman kerawang yang banyak berada dalam pasaran terkini.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Baju Kebaya Tradisonal Sulam.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada fesyen baju kebaya tradisional sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Baju Kebaya Tradisional Sulam.

Koleksi Baju Kebaya Tradisional Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar baju kebaya tradisional sulam yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam koleksi baju kebaya kami pada kali ini. Anda juga boleh melihat corak baju kebaya nyonya di sini.

Jika anda berminat dengan baju kebaya tradisional sulam yang bermotif sulam corak bunga ros di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Baju Kebaya Tradisional Sulam - Corak Bunga Ros

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461