Bagaimana untuk menjahit manik dengan kemas? Itulah persoalan yang sering diajukan kepada saya setiap kali saya mengadakan bengkel jahitan manik. Sebenarnya, jahitan manik yang kemas mudah diperoleh jika anda mengekalkan mood semasa menjahit manik.

Kekalkan Mood Ceria dan Tenang Sewaktu Menjahit Manik

Mood menjahit manik? Mungkin ia suatu fenomena yang agak janggal bagi anda yang mendengarnya. Ini kerana jika anda tidak pernah mempunyai pengalaman menjahit manik mungkin anda tidak dapat rasakan apa yang dirasai oleh para penyulam manik. Sebenarnya, mood yang tenang akan hadir sekiranya anda melakukan sesuatu kerja dengan penuh rasa ceria, gembira dan juga tenang semasa menjahit manik.

Memungkinkan Rekaan Manik Anda Seragam Apabila Selesai Proses Menjahit Manik.

Itulah yang perlu dikekalkan supaya jahitan manik anda seragam, kemas dan konsisten rekaan coraknya nanti. Tarik benang secara lembut, penolakan manik yang sekata dan kuat juga akan memperkemaskan jahitan anda sewaktu menjahit manik. Cuma, kadangkala, untuk mendapatkan mood yang konsisten ia boleh dipengaruhi oleh unsur atau pengaruh-pengaruh luar.

Cuma, dengan adanya teknik yang betul, ia dapat membantu anda dalam mengekalkan mood semasa menjahit manik.

Pelajari Kaedah Menjahit Manik Secara Video HD Online Bersama Kami

Teknik-teknik tersebut boleh anda pelajari dan kuasai secara mudah di dalam Online Courses Sulaman Manik yang diajar setiap langkah demi langkah. Di dalamnya, anda juga akan dibimbing untuk menghasilkan jahitan manik yang kemas, teliti dan sempurna sepanjang masa sekali gus memuaskan hati para pelanggan anda nanti.

Selamat Belajar!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic

Jom belajar menjahit manik!