Sulam kerawang jika dihasilkan dengan baik dapat memberikan kepuasan kepada si pemakainya. Ayunan kaki serta tangan yang sempurna bakal dapat menghasilkan sulam kerawang yang baik. Pokoknya adalah imbangan yang dilakukan sewaktu anda menyulam mesin. Ini kerana imbangan yang sekata akan membuahkan hasil sulam kerawang yang diingini. Hasil yang cantik, menarik dan kemas

 

Pedal Kaki Mesin Jahit Penting Untuk Diimbangi Sewaktu Menghasilkan Rekaan Sulaman Kerawang.

 

Sekiranya pedal kaki mesin jahit sulam anda mempunyai pedal elektrik, ia tidak menjadi masalah kerana anda hanya menekannya sahaja. Tetapi jikalau ia adalah pedal manual, maka anda harus gunakan sepertimana anda menjahit baju. Ini kerana rekaan sulam akan dijahit terbalik jikalau pedal kaki mesin sulam tersebut salah digunakan.

 

Tiga Kaedah Asas Sulaman Kerawang Yang Patut Dititik Beratkan.

 

Macammana Membuahkan Rekaan Sulam Kerawang Dengan BaikSecara realiti, sulam kerawang yang bermacam jenis corak mampu dibuat berdasarkan kehendak penyulam. Dengan mengguna teknik asas sulaman seperti jahit sulaman padu zig zag, teknik sulaman layangan dan teknik sulaman cincang, pasti akan membuahkan rekaan sulam kerawang yang indah. Cuma anda patut betul-betul mahir dalam mengguna teknik-teknik tersebut untuk menghasilkan sulam kerawang yang padat dan teliti. Kuasai kesemua teknik asas yang disebutkan di atas terlebih dahulu sebelum anda memulakan proses menyulam kerawang anda.

 

Pastikan Latihan Menyulam Sulam Kerawang Dilakukan Sekerap Yang Mungkin.

 

Justeru, latihan yang acap kali, pasti menghasilkan rekaan sulaman kerawang yang teliti. Dan ia mampu dapat menjadikan anda seorang penyulam sulam kerawang yang mahir. Dalam ke arah itu, faktor masa juga penting bagi melahirkan anda benar-benar mahir dalam melengkok ayakan hasil rekaan sulaman kerawang.

 

Maka, terpulang kepada anda bagi memilih sulaman kerawang sebagai hobi atau sumber pendapatan anda. Ini kerana ia sungguh bergantung kepada minat dan juga kebolehan anda dalam mengendalikan mesin sulam anda. Jika anda benar-benar minta, maka proses mempelajarinya akan menjadi lebih mudah dan pantas untuk dikuasai.

 

Selamat Mencuba Menghasilkan Sulam Kerawang Anda!