Perkembangan sulaman manik amat cepat sekali dengan pelbagai rekaan ditonjolkan oleh pereka-pereka fesyen tanah air. Menjalang Syawal tahun ini, pereka-pereka fesyen telah menonjolkan rekaan mereka dengan rekaan sulaman manik yang terkini. Jika pada tahun 2010 yang lepas, rekaan Jovian menarik minat penulis di mana beliau memperkenalkan rekaan berbentuk 3D. Pada tahun 2011 ini pula, rekaan sulaman manik oleh Jedan Collection pula menarik minat penulis kerana rekaannya bukan lagi tertumpu pada bahagian hadapan pakaian tetapi juga di bahagian belakang baju tersebut.
Rekaan Sulaman Manik Mampu Dikembangkan
Di sini, ia membawa sedikit perubahan kepada corak atau rekaan sulaman manik yang sebenarnya mampu dikembangkan. Malah ada butik-butik lain yang mempertaruhkan identiti yang lain agar pelanggan mengenali hasil rekaan butik mereka.
Tahniah kerana perkembangan sihat ini akan sedikit sebanyak memberi tempias kepada mereka yang menjadikan sulaman manik sebagai pendapatan tetap ataupun pendapatan sampingan keluarga. bagi saya, dengan teknik-teknik asas sulaman manik, anda sebenarnya boleh menghasilkan sulaman manik seperti pereka-pereka fesyen terkenal.
Sesuaikan Setiap Teknik Sebelum Rekaan Sulaman Manik Dikembangkan
Cuma anda perlulah kembangkan teknik yang dipelajari supaya bersesuaian dengan rekaan sulaman manik masa kini. Ini kerana jika anda masih mempraktikkan sulaman manik tersebut ditokok yang sama, pastinya anda tidak mampu menghasilkan rekaan seperti butik-butik ternama.
Jika dalam kursus Online Courses Sulaman Mani yang penulis kendalikan, terdapat platform diskusi yang disediakan agar para peserta dapat menghantar rekaan ataupun latihan mereka untuk dinilai. Di sini, ada juga peserta yang mengembangkan teknik sulaman manik yang dipelajari. bagi saya, itu adalah setu perkembangan yang baik oleh para peserta kerana ingin menonjolkan rekaan-rekaan unik hasil kerja tangan mereka. Namun, saya berbangga ada di antara mereka yang mengulangi latihan teknik-teknik sulaman manik setelah diminta untuk memperbaikinya.
Kesungguhan Dalam Menjahit Sulaman Manik
Walau bagaimanapun, dalam sulaman manik ini sebenarnya perlu ada kesungguhan di antara kedua-dua pihak iaitu pihak yang mengajar serta pihak yang belajar. Jika mereka hanya meniru sahaja rekaan daripada sumber-sumber rujukan yang lain, perlu juga ada kesungguhan dalam menghasilkan rekaan sulaman manik tersebut agar ia menjadi lebih menarik.
Apa yang penting, usaha yang bersungguh-sungguh serta tekun dalam menghasilkan rekaan sulaman manik ini pastinya akan membuahkan hasil kepada mereka yang mempraktikkannya.
hal ini kerana, setiap kerja tangan seperti ini harus disusuli dengan membuat rekaan tersebut secara praktikal. Jika tidak, pastinya rekaan yang ingin dihasilkan tidak akan berjaya dan sempurna.
Selamat Mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Akademi Sulaman Sri Classic
Jom Ketahui Cara Sulaman Manik Yang Betul dan Sempurna Bersama Kami!