Sulaman manik crumble kini menghiasi busana-busana pengantin masa kini. Jika dahulu, teknik manik iring menjadi pilihan para pereka fesyen, kini sulaman manik crumble pula yang mengambil tempat.

Rekaan Sulaman Manik Crumble Diserlahkan Lagi Dengan Penggunaan Kepelbagaian Material

Bukan tidak menggunakan terus teknik manik iring, sebaliknya ia ditambah lagi dengan pelbagai saiz mutiara dan Kristal. Itulah yang menjadikan sulaman manik crumble ini lebih terserlah rekaannya sekali gus menaikkan seri pengantin itu dengan busana mewah. Selain itu juga, gaun-gaun malam yang direka oleh pereka fesyen ini turut menggunakan sulaman manik crumble sebagai penyeri kepada gaun malam tersebut. Ia lebih terserlah apabila si pemakai disuluh dek kilauan lampu-lampu di majlis tersebut. Pancaran sulaman manik crumble yang terkena kilauan lampu tersebut akan kelihatan begitu gah dan menarik sekali.

Pastikan Pemilihan Mutiara dan Kristal Untuk Sulaman Manik Crumble Adalah Tepat

Selain itu, pemilihan Kristal dan mutiara juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan sulaman manik crumble yang cantik. Hal ini kerana, ada sesetengah individu gemarkan susunan sulaman manik crumble dalam saiz yang kecil iaitu setebal 1.5 cm sahaja. Tetapi jika pemilihan mutiara dan Kristal adalah tepat, sulaman manik crumble yang dihasilkan juga akan kelihatan menarik.

Pamerkan Kreativiti Dalam Rekaan Busana Pengantin Dihiasi Sulaman Manik Crumble

Jika anda berpeluang mempelajari untuk menghasilkan apa jua rekaan sulaman manik crumble, maka pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan kebolehan anda dalam mereka cipta rekaan sulaman manik crumble yang mewah khususnya untuk busana pengantin. Selain dari harga tempahan bagi busana pengantin boleh mencecah ratusan dan ribuan ringgit, bidang sulaman manik crumble ini turut memberikan peluang untuk anda memperbanyakkan lagi perkhidmatan sulaman dan jahitan yang sudah sedia anda miliki. Dan jika anda merupakan butik pengantin, pastinya trend rekaan sulaman manik crumble akan menjadi pilihan buat bakal pengantin.

Dari itu, untuk anda memperolehi hasil yang hebat! Di mata individu yang ternampaknya, justeru lekas belajar sulaman manik crumble secara online bersama Akademi Sulaman Sri Classic.

Selamat mencuba.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic

Mari Ketahui Teknik dan kaedah Yang Betul bagi Memahirkan Diri Dengan Teknik Sulaman Manik Crumble Bersama Kami!