Jubah muslimah mahupun dress kini menjadi tarikan ataupun trend bagi kaum wanita masa kini. Tidak kiralah sama ada kanak-kanak, remaja, mahupun orang dewasa amat menyukai trend fesyen terkini seperti dress ataupun jubah muslimah. Pelbagai fabrik dress yang menarik boleh didapti dengan corak berwarna-warni.

 

Kenali Fabrik Tidak Bersesuaian Dengan Dress dan Jubah Muslimah.

 

Namun, walaupun ia menjadi satu trend pada masa kini, terdapat juga dress ataupun jubah muslimah yang tidak bersesuaian dengan bentuk badan seseorang. Contoh yang paling ketara adalah dress ataupun jubah muslimah yang dihasilkan daripada fabrik lycra.

 

Walaupun terdapat fabrik lycra yang berat dan tidak menampakkan susuk tubuh badan pemakainya, namun sifat fabrik lycra ini adalah memeri. Apatah lagi jika fabrik ini ringan dan melekat terus pada tubuh pemakai yang boleh menimbulkan wasangka tidak baik bagi mereka yang memandangnya.

 

Menjahit Fabrik Sifon Untuk Dress dan Jubah Muslimah.

 

Jubah Muslimah TerkiniPaling cantik ialah jubah muslimah atau dress yang dihasilkan dengan menggunakan fabrik sifon. Walaupun ia memerlukan lining di bahagian dalamnya, namun ternyata fabrik sifon ini sangat cantik dihasilkan menjadi dress ataupun jubah muslimah anda. Ini kerana sifat fabrik sifon ini adalah lembut dan beralun. Walaupun fabrik satin lembut tetapi ia tidak mudah beralun seperti fabrik sifon. Oleh kerana itulah, fabrik sifon ini menjadi pilihan utama di kalangan pengusaha dan juga pereka fesyen terkini dalam menghasilkan dress atau jubah muslimah mereka.

 

Fesyen Dress dan Jubah Muslimah Timur Tengah.

 

Malah, sekarang, potongan dress princess dan juga potongan jubah muslimah ala masyarakat timur tengah menjadi daya tarikan fesyen terkinhi. Sebab itulah kita dapat melihat bagaimana fesyen jubah muslimah berwarna hitam rekaan dubai menjadi tarikan golongan wanita muslim masa kini. Selain potongan rekaan, aksesori yang berwarna emas juga sangat diminati oleh para pelanggan.

 

Bukan sahaja perincian manik ataupun sulaman dihasilkan, malah lace juga ditambahkan dengan warna keemasan bagi menaikkan lagi seri pada busana tersebut. Jika dahulu, rekaan dress ataupun jubah muslimah ini menggunakan fabrik yang tebal dan sedikit berkilat, namun dengan peredaran fesyen semasa, jubah muslimah ini beralih kepada penggunaan fabrik sifon. Dengan penggunaan fabrik sifon, jubah muslimah tersebut tampak lebih eksklusif untuk digayakan.

 

Corak aksesori yang bermotifkan timur tengah juga diminati pelanggan hari ini. Ini kerana ia nampak lain daripada kebiasaan motif yang dipakai. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa keinginan pelanggan masa kini lebih versatile dan ia mencetus satu idea yang baru di kalangan pereka fesyen masa kini.