Gaya manik sentiasa berubah-ubah mengikut trend yang menjadi kegemaran peminat sulaman manik itu sendiri. Gaya sulaman manik terbaru yang dilihat lebih kepada Kristal-kristal yang dicampurkan menjadi trend fesyen manik yang cantik. Sebut sahaja fesyen sulaman manik terbaru, pastinya ramai yang ingin mengetahui apakah tema yang digunakan dan cara jahitannya.

Fesyen Sulaman Manik Terbaru Dengan Teknik Yang Mudah

Fesyen sulaman manik terbaru dilihat menggunakan teknik-teknik yang mudah dan ada yang masih menggunakan teknik-teknik asas. Cuma apabila digabungkan dengan pelbagai jenis dan bentuk Kristal serta material lain,ia mendatangkan corak rekaan sulaman manik terkini. Bentuk-bentuk seperti Kristal mata air, daun, heksagon, oktagon, segi empat, oval dan bulat sering digunakan dalam menghasilkan corak sulaman manik terbaru.

Manik Menghasilkan Rekaan Sulaman Manik Terbaru

Seterusnya, Kristal-kristal ini akan digabungkan dengan manik-manik yang kecil agar manik tersebut memenuhi ruang-ruang kecil yang masih ada dicelah Kristal yang telah disusun tadi. Susunan Kristal pula lebih tertumpu kepada saiz yang pelbagai di mana, saiz-saiz besar digabungkan dengan Kristal yang bersaiz kecil dab pelbagai bentuk. Di sinilah akan menghasilkan rekaan dan corak sulaman manik terbaru apabila kesemua elemen tersebut digabung jalinkan dalam sesuatu rekaan sulaman manik.

Penggunaan Pelbagai Warna dan Material Dalam Fesyen Sulaman Manik Terbaru

Malahan, warna–warna yang pelbagai ataupun penggunaan warna-warna pastel juga memberi satu kelainan dalam gaya serta fesyen sulaman manik terbaru yang sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas. Itulah uniknya apabila rekaan sulaman manik terbaru ini dapat menambat hati semua peringkat umur masyarakat. Ia tidak lagi tertumpu pada elemen manik sebelumnya iaitu gayangnya lebih tertumpu pada pemakaian orang dewasa dan berkerjaya sahaja.

Perkembangan Fesyen Sulaman Manik Terkini Untuk Semua Peringkat Umur dan Golongan

Dengan perkembangan rekaan sulaman manik terbaru ini, ia membolehkan semua golongan dapat bergaya mengikut rekaan yang bersesuaian dengan umur mereka. Justeru, tidak hairanlah jika pada masa akan dating, permintaan terhadap sulaman manik ini akan terus meningkat lebih-lebih lagi dengan adanya pertemuan rekaan sulaman manik yang terkini dan terbaru di pasaran.

Selamat mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Online Sri Classic

Jom Ikuti Kelas Menjahit Sulaman Manik Terbaru Secara Online Bersama Kami!