Penggunaan kristal tampal atau lebih dikenali sebagai hotfix menjadi trend kepada penyulam dalam memeriahkan lagi rekaan busana sulaman manik yang dihasilkan mereka.
Kristal Tampal Disusun Kemas Dalam Busana Sulaman Manik
Jika dahulu, ia diletakkan secara bertaburan sahaja tetapi dalam rekaan busana sulaman manik terkini ia disusun mengikut design yang dilukis. Kadang kala ia sebagai pengganti bagi jahitan jelujur ataupun jahitan tali air untuk sulur sesuatu corak sulaman manik. Selain itu juga, terdapat rekaan sulur ditambah bersebelahan dengan jahitan jelujur agar design sulaman manik ini nampak lebih meriah dan elegan.
Penggunaan Kristal Tampal Mampu Menyerlahkan Baju Rekaan Sulaman Manik
Pancaran dan kelipan kristal hotfix ini telah membuatkan busana sulaman menjadi lebih meriah dan sarat dengan gemerlapannya, walau pun penggunaan kristal hotfix ini sedikit apatah lagi jika ia digunakan dengan banyak sekali. Pastinya kerlipan kristal ini akan terpancar bak pelangi pada fabrik busana tersebut. Itulah yang membuatkan sesuatu rekaan sulaman manik yang ditampal dengan kristal ini lebih mendapat perhatian para pereka fesyen terkenal masa kini.
Lebih Meriah Jika Rekaan Sulaman Manik Berkristal Ini Digabung Untuk Busana Ratu Sehari
Sebagai contohnya, saya masih ingat lagi baju berwarna biru yang dipakai oleh Nig Baizura sewaktu majlis perkahwinannya sarat dengan kristal tampal dan juga mutiara. Rekaan sulaman maniknya disusun rapi bagi menyerlahkan lagi wajah Ning ketika itu sebagai ratu sehari. Selepas itu, saya dapati rekaan-rekaan sulaman manik pastinya akan diserikan lagi dengan kristal tampal atau kristal hotfix ini. Itulah hebatnya kristal dan sulaman manik jika digabung jalinkan mengikut kreativiti rekaan anda. Gabungan kedua-dua material ini mantap untuk menyerlahkan lagi seri bagi sesuatu busana pakaian anda.
Selamat Mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Akademi Sulaman Sri Classic
Jom Ketahui Cara Sulaman Manik Yang Betul dan Sempurna Bersama Kami!