Teknik ulat beluncas iaitu kombinasi labuci India dengan manik bulat kecil amat cantik disesuaikan dalam menjahit manik. Susunan bahan-bahan tadi secara berlapis-lapis akan menghasilkan jahitan manik yang cantik seperti ulat beluncas yang sedang menyusur di dahan. Namun, ia bukan sekadar teknik menjahit manik sahaja, malah ia boleh digayakan seperti anda menghasilkan teknik manik crumble ataupun shemmering flora.

Pengetahuan Tentang Perkembangan Fesyen Manik Penting Dalam Proses Menjahit Manik

Sebab itulah, dalam anda menjahit manik ini, anda memerlukan pengetahuan tentang perkembangan teknik-teknik baru supaya susunannya dapat menghasilkan design-design yang terkini iaitu lain daripada teknik ataupun trend sebelumnya. Ia bukan sekadar menjahit manik sahaja kerana kemahiran menjahit manik ini boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada anda asalkan anda seorang yang kreatif.

Proses Menjahit Manik Dari Teknik Asas Dikembangkan Secara Kreatif

Begitu juga dalam menghasilkan Shemering Flora dan juga manik 3D. Ia sebenarnya memerlukan kreativiti anda yang dikembangkan daripada teknik-teknik asas. Sebagai contohnya bagaimana anda menghasilkan bunga-bungaan manik yang bergerak-gerak tanpa adanya kreativiti daripada anda? Mungkin ia tidak akan berlaku. Malahan membuatkan anda mudah rasa bosan untuk menghasilkan sesuatu design 3D ataupun Shemmering Flora yang padat dan cantik. Teknik-teknik inilah yang menyebabkan upah tempahan dalam menjahit manik menjadi mahal.

Pastikan Anda Menjahit Manik Mengikut Selera Pelanggan

Namun, jika anda hasilkan pada pelanggan yang tidak mengikuti peredaran trend manik, pastinya mereka tidak sanggup untuk membayar anda dengan harga yang mahal kerana mereka tidak dapat menilai dengan betul hasil kerja tangan anda dalam menjahit manik. Oleh sebab itulah saya sarankan agar anda menjahit manik untuk tempahan pelanggan anda adalah mengikut selera pelanggan anda dan bukannya mengikut selera anda. Jika tidak, pastinya hasil kerja tangan anda tidak akan berbaloi.

Selamat mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Online Sri Classic

Jom Ikuti Kelas Menjahit Manik Secara Online Bersama Kami!