Melihat mutiara dipakai pada baju sememangnya cantik. Walaupun sebiji dua mutiara ini dijahit, ia mudah dilihat kerana saiznya yang besar daripada manik bulat kecil. Tidak perlu untuk menghasilkan teknik-teknik terbaru, mutiara ini sahaja boleh dijahit dengan hanya menggunakan teknik jahitan asas jelujur ataupun teknik jahitan asas tabur.

 

Mengelakkan Jahitan Mutiara Bertaburan.

 

3 Cara Jahitan Manik Mutiara TerkiniNamun, jika mutiara ini tidak dijahit dengan kaedah yang betul, mutiara tersebut akan bertaburan jatuh di atas lantai. Tetapi sekiranya ia dijahit dengan menggunakan teknik yang betul, tentunya mutiara tersebut akan berada kekal teguh dan cantik di atas fabrik busana.

 

Oleh kerana saiznya yang besar daripada manik bulat kecil, mutiara ini perlulah dijahit di bahagian kiri dan kanannya ataupun di bahagian atas dan juga di bahagian bawahnya. Ia perlu dijahit dengan kemas agar tiada lebihan ruang benang yang longgar yang bakal menyebabkan mutiara anda bergerak-gerak. Adapun jika ia dijahit tanpa mengikut diameternya, atau dijahit dengan memakan sedikit urat fabrik busana anda, maka mutiara tersebut akan terjongket sedikit ke atas.

 

Cara Jahitan Mutiara Dengan Betul dan Mudah.

Untuk pengetahuan anda, saya telah gariskan 3 cara menjahit mutiara ini adalah seperti berikut;-

1. Masukkan sebiji mutiara ke dalam jarum.
2. Tusuk jarum di tepi mutiara mengikut lebaran mutiara tersebut dengan mencubit 2 urat benang secara melebar.
3. Kemudiannya, barulah dimatikan pada bawah fabrik.

Dengan cara ini, mutiara yang telah dijahit tadi akan lebih kemas dan tegap kedudukannya pada fabrik.

 

Tiada Insiden Jahitan Mutiara Bertaburan Lagi.

 

Insiden seperti mutiara tercabut semasa anda memakai baju tidak akan wujud lagi. Ini kerana jahitan mutiara tersebut adalah kemas dan betul. Dengan ini, anda boleh hasilkan pelbagai jahitan mutiara secara kemas tanpa adanya halangan.

 

Sungguhpun begitu, setelah anda mengetahui jahitan yang betul, jangan pula anda jahit dengan teknik yang salah kerana ia akan melambatkan masa anda menjahit nanti. Malah adakalanya mutiara yang dijahit nanti tidak akan terpancar cahayanya dengan betul jika anda salah memilih kedudukan yang sesuai untuk mutiara anda.

 

Walau bagaimanapun, anda disarankan agar menjahit mutiara ini dengan kemas dan teliti dan mematikannya satu persatu. Selamat mencuba!